Tuesday, August 28, 2012
Tanda-tanda Seorang Perempuan & Lelaki Dicintai Jin
1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki...
samada lelaki yang sama...atau silih berganti...
samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing...
...bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu semuanya ' hensom ' dan menawan
hati...
...kadang-kadang hanya saling berpandangan...
seperti orang yang baru mula berkenalan dan
bercinta...
...atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap
melakukan hubungan badan...
...tapi ada juga keadaannya...bukan lelaki ' hensom '
sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut-
kan...
...ia bergantung kepada keadaan...dan jin bagaimana
yang mengganggu...
2.Jika jin jantan itu saka keturunan...
biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki
sejak dari kanak-kanaknya lagi...
...untuk rawatan...
wanita ini juga perlu beramal sendiri...
...kerana biasanya jin itu sangat degil...dan 'cintanya'
sampai ke mati...
3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil...orang
asing...atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam
antara tidur dan jaga...
...kadang-kadang hanya didatangi...atau mungkin di-
ganggu...atau buat hubungan badan sukarela...atau
mungkin wanita itu diperkosa...
4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di-
dalam saluran sulitnya...gatal atau hingga menimbul-
kan rasa birahi yang memuncak...
...ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat
cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa
mengenal batas...
...iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa
sebab...
...dari satu segi...
ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh
kejahatan jin...
dan kadang-kadang di luar kawalan...
...dan rahsia utamanya...iaitu kerana jin itu turut
serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.
5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada
bahagian kepala...
6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki...
walaupun ia telah bersuami..
...dan besar kecenderungannya berlaku curang
terhadap pasangannya...
...ia ada daya penarik tersendiri...terutama kepada
lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya...
7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu
malam...
...dan siangnya ia sering merasa lemas badan...
8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu
yang aneh masuk ke dalam tubuhnya...
9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu
lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan-
nya dari mana-mana...
10.Sukar mengerjakan solat...ada-ada saja halangan-
nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat
masa...
11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat
letih tanpa sebab munasabah.
12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga...ia di-
datangi makhluk menyerupai suami...atau orang
lain...atau makhluk aneh yang mengganggu atau
menyetubuhinya.
Nota :
1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau
pasangannya ada jin jantan dalam badan...
samada kerana saka...menuntut ilmu...menyimpan
tangkal dan sebagainya...
...apabila ia melakukan hubungan badan...jin tersebut
itu turut sama samada sengaja atau tidak...
maka jin itu mula ketagih dan buat 'kerja sendiri'
tanpa kawalan tuannya...
...itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan
jin walau apa pun caranya...
2.Wanita yang ada gangguan ini...
kadang-kadang masa bercinta semuanya indah...
tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan
rumah tangganya kerana takut atau benci...
atau cemburu pada si suami yang...
...tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan...
jin itu suka...kerana ia haram...dan tiada ikatan yang
mengganggunya...
3.Bagi yang sudah bersuami...
kecenderungannya berlaku curang sangat besar...
dari sebab hasutan jin...
...ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja...
terutama lelaki yang didampingi jin betina...
...malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa
kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita
itu dari suaminya yang halal...
juga dari sebab hasutan jin betina...
...kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu...
nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat
pada wanita tadi...
Wednesday, April 25, 2012
Hadiah Istimewa
Orang kata rezeki terpijak ... tak sia-sia menghadiri satu majlis mesyuarat baru-baru ini, walaupun agak kebosanan dan dilanda kemengantukkan yang amat sangat.. tapi demi menghormati majlis mesyuarat gagahkan juga diri ini setia duduk di kerusi menunggu hingga majlis selesai.., dan agenda terakhir..adalah cabutan nombor bertuah..., Alhamdulillah penantian ini berbaloi, tak sangka pula apabila nama yang tak glamer nie disebut untuk menerima hadiah cabutan bertuah...,:)
Inilah hadiahnya sebuah buku yang bertajuk WANITA ISTIMEWA...ditulis oleh Dr Karim El-Shazly, buku yang sarat dengan huraian tentang sifat wanita berinisiatif dan beremosi.,Saya tertarik dengan salah satu petikan daripada buku ini..,"Wanita yang berinisiatif adalah wanita yang hidup dengan kepercayaan, kemudahan, dan bersikap positif. Dia tidak mudah menyalahkan keadaan sekeliling dan tidak membiarkan kegagalannya tanpa usaha memperbaiki" Juga diselitkan nama beberapa tokoh wanita abad ini yang memiliki ciri2 INISIATIF untuk dikongsi bersama semangat mereka serta boleh dijadikan sebagai MOTIVASI untuk diri sendiri.
Antara lain, persoalan kurang kepercayaan kepada diri sendiri, selalu rasa rendah diri...yang mana golongan ini sering membandingkan diri mereka dengan kelebihan yang ada pada orang lain, tanpa disedari mereka sebenarnya sedang membinasakan jiwa mereka, memperkecil-kecilkan bakat atau potensi yang ada dalam diri mereka..Aduhh..! seakan terkena batang hidung sendiri..,kerana sebenarnya tergolong dalam kategori ini juga nampaknya..., Subhanallah.., Allah uji kesabaran dengan menghadiri mesyuarat yang membosankan itu rupanya ada hikmahnya, Allah takdirkan diri ini menerima hadiah sebuah buku yang mengandungi jawapan demi jawapan untuk persoalan jiwa selama ini....,
Buku ini sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan, dengan gaya bahasa yang menarik dan input/sumber daripada Al-Quran, Sunnah serta kata-kata hikmah dari para sahabat dan juga dari sumber ilmuan2 yang lain, maka selayaknyalah buku ini patut berada didalam rumah anda....:)

Wednesday, April 18, 2012
Muhasabah Jiwaku
Terrmenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.
Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.
Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.
Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.
Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.
sumber
Friday, April 13, 2012
Kelebihan Solat Berjemaah
Sabda Rasulullah saw: “Aku ingin menyuruh budak-budak mengumpul kayu api banyak-banyak untukku, dan kemudian aku hendak pergi dari rumah ke rumah orang-orang yang (sengaja) solat di rumah masing-masing tanpa sesuatu uzur, lalu MEMBAKARNYA.”Betapa bersungguh-sungguhnya Baginda saw dalam soal solat berjemaah ini. Sabda Nabi diatas sekadar untuk menunjukkan BERATNYA TUNTUTAN solat fardhu berjemaah itu kepada umat Islam beserta dengan ganjaran pahala yang cukup besar Allah telah sediakan kepada hambaNya yang ikhlas dan istiqamah dalam menunaikan solat berjemaah.
(Muslim)
Solat berjemaah adalah 27 KALI LEBIH BAIK daripada solat secara bersendirian.”Solat fardu berjemaah bagi LELAKI dan sangat dituntut adalah 27 kali lebih baik daripada solat bersendirian dirumah. Andaikata pahala itu diumpamakan sebagai wang ringgit, cuba bandingkan bagi sesiapa yang solat fardhu sendirian dirumah, dia hanya mendapat RM1 pada setiap waktu, sehari semalam baru dapat RM5,.. dan sesiapa yang solat fardhu berjemaah di masjid dan surau pula akan mendapat RM 27 untuk setiap satu waktu. Dalam sehari semalam dapat RM 135. Hah..! .yang mana lebih menguntungkan. Alamatnya berduyun-duyunlah orang akan pergi ke masjid dan surau, siapa pun tak nak terlepas peluang merebut wang ganjaran yang cukup lumayan itu. Bukan itu saja.....
(Bukhari, Muslim dll)
“Apabila seseorang itu berwudhuk dengan sempurna ( di tempatnya/ rumahnya) dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka SETIAP LANGKAHNYA MENDAPAT PAHALA dan MENGHAPUSKAN DOSA.”Setiap langkah kita ke masjid akan dibayar RM1..ditambah lagi dengan BONUS iaitu dosa dihapuskan, kalau 100 langkah...macamana..?? Subhanaullah...walopun org sekarang ramai yang datang ke rumah Allah naik basikal, motosikal, atau kereta, tak perlulah dipertikaikan bagaimanakah kaedah pengiraan pahala tersebut dibuat. Itu urusan Allah swt, biarlah DIA yang menentukannya....Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Tolong ambil PERHATIAN....
(Bukhari)
“Seandainya seorang (lelaki) itu tidak pergi ke masjid padahal dia mendengar azan tanpa uzur syar’i yang kuat, maka solatnya ( di rumah) TIDAK AKAN DITERIMA.”Ada seorang buta datang mendapatkan Nabi S.A.W, katanya: “Ya Rasulullah, saya tidak mempunyai penuntun yang akan membimbing saya ke masjid.” Lalu dipohonnya kelonggaran untuk bersembahyang di rumah sahaja. Permintaannya itu dikabulkan oleh Nabi. Tapi baru sahaja ia pergi, tiba-tiba dia dipanggil kembali oleh nabi yang menanyakan: “Apakah engkau dengar panggilan azan?” Jawabnya: “Ya.” Maka sabda baginda: “Kalau begitu, datanglah!”
(Abdu Daud & Ibnu Majah)
(Muslim)
Maksudnya si buta ini pun tak terkecuali selagi AZAN masih boleh didengari, dia kena juga datang. Bagaimana pula dengan kita yang celik ni? Mata yang Allah kurniakan kita persia-siakan, buat tak nampak je masjid yang trsergam indah didepan mata.., bila azan berkumandang kita sengaja PEKAKKAN telinga ...lebih parah kita sanggup beri 1001 alasan kerana MALAS dan terasa berat sangat kaki hendak melangkah solat berjemaah dimasjid atau surau..,terutamanya ISYAK dan SUBUH, padahal ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya,
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat Shubuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak (HR Bukhari dan Muslim)Berbeza pula dengan kaum wanita, mereka tidak perlu ke masjid kecuali untuk menuntut ilmu. Afdhal bagi mereka sembahyang di rumah dan pahalanya sama seperti lelaki yang sembahyang di masjid. Lebih afhal bagi perempuan sembahyang di dalam bilik yang sepi dan tersembunyi seperti sabda Rasulullah s.a.w. ;-
“Seorang wanita bersolat di dalam rumahnya lebih baik dari dia bersolat di halamannya, dan solat di dalam bilik kecil lebih baik dari bersolat dirumahnya” [Hadith Riwayat Abu Daud]Malahan bagi perempuan yang sudah berkahwin, jika suaminya pergi ke masjid untuk solat berjemaah, dia juga dapat separuh daripada pahala suaminya...Allahuakbar..,
Daripada
kitab Durratun Nasihin, Rasulullah memberitahu melalui hadisnya yang
bermaksud:
“Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah). Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran di dunia. Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksa kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya. Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar dan kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.”
Maka rugilah bagi mereka yang mempunyai kesempatan dan
kelapangan tetapi tidak berbuat demikian. Oleh kerana pahala dan
ganjaran Allah tidak nampak, kita pun meringan-ringankan sembahyang
berjemaah ini.
Oleh itu bersegeralah ke surau dan masjid menunaikan sembahyang fardu berjemaah setiap waktu. Tak payah tunggu Jumaat dan Aidilfitri atau di malam tertentu Ramadan baru nak ke surau dan masjid untuk sembahyang berjemaah. Jangan biarkan kita dilalaikan oleh aktiviti duniawi yang merugikan hidup di dunia dan akhirat. | |
Thursday, April 12, 2012
Gempa Bumi Di Acheh, Sumatera.
Semalam 11 April 2012, sekali lagi Acheh Sumatera dilanda gempabumi berukuran 8.7 skala Ricther....Malaysia juga turut merasai gegarannya terutamanya di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah
Alam serta di utara Semenanjung, Pulau Pinang, Perlis dan Perak. hingga amaran tsunami terpaksa dikeluarkan.
Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Tsunami yang sangat ditakuti tidak berlaku, mungkin kali ini Dia bagi PELUANG untuk kita, mungkin lain kali tidak..! Allahuakbar...Dia cuma 'kuis' sikit saja alam bumi kita.., impaknya amat dahsyat dan menggemparkan..,

Wednesday, April 4, 2012
Tenang Seorang Doktor
Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"
doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."
"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..
si doktor tersenyum lagi & berkata :
" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."
"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..
pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"
"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..
jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."
Sumber
Kiasan Dunia
Contoh yang diberikan oleh Imam Ghazali Rahimullah tentang Dunia...
tentang seorang lelaki yang berjalan melalui hutan, dia sedang berjalan, dia melihat ada seekor SINGA mengejar dia dan dia berlari ke perigi dan dia melompat ke dalam perigi itu lalu dia yang jatuh, dia sempat untuk memegang pada tali. dan dia menarik nafas lega dan memandang ke atas dia melihat singa yang masih berlegar di atasn ya, menunggu dia dan dia melihat ke bawah lalu di bawahnya terdapat seekor ULAR besar dengan mulutnya terbuka menunggu dia jatuh.
dia hanya bergantung kepada tali dan dalam masa yang sama dia melihat TIKUS HITAM dan satu TIKUS PUTIH sedang mengigit TALI tersebut. di atas adalah singa, di bawahnya adalah ular dan bergantung hanya dia adalah tali...
kemudian dia melihat terdapat MADU di situ lau meletak jari ke dalam madu dan dia meletakkan jarinya yang mempunyai madu ke dalam mulutnya. Di sebabkan kemanisan madu itu membuatkan dia lupa singa, ular dan malahan lupa akan dua ekor tikus...
Imam Ghazali Rahimullah berkata ;
~ Singa itu adalah kematian yang selalu mengejar kamu ...
~Ular itu adalah kubur anda, di mana setiap orang akan jatuh ke dalamya dan jika dia seorang yang baik ia akan mendapat sebuah taman daripada syurga dan jika dia orang jahat ia akan mendapat satu lubang dari 'neraka' Jahannam

~Tali merupakan umur hidupnya...
~Tikus hitam menandakan malam...
~Tikus putih menandakan hari...
~Madu adalah dunia yang di mana seseorang itu rasa kemanisan dunia sehinggakan dia lupa kematian, dia lupa kubur, dia lupa hari akan datang dia akan mati dan dia akan berdiri di hadapan pencipta...

Subscribe to:
Posts (Atom)