Orang kata rezeki terpijak ... tak sia-sia menghadiri satu majlis mesyuarat baru-baru ini, walaupun agak kebosanan dan dilanda kemengantukkan yang amat sangat.. tapi demi menghormati majlis mesyuarat gagahkan juga diri ini setia duduk di kerusi menunggu hingga majlis selesai.., dan agenda terakhir..adalah cabutan nombor bertuah..., Alhamdulillah penantian ini berbaloi, tak sangka pula apabila nama yang tak glamer nie disebut untuk menerima hadiah cabutan bertuah...,:)
Inilah hadiahnya sebuah buku yang bertajuk WANITA ISTIMEWA...ditulis oleh Dr Karim El-Shazly, buku yang sarat dengan huraian tentang sifat wanita berinisiatif dan beremosi.,Saya tertarik dengan salah satu petikan daripada buku ini..,"Wanita yang berinisiatif adalah wanita yang hidup dengan kepercayaan, kemudahan, dan bersikap positif. Dia tidak mudah menyalahkan keadaan sekeliling dan tidak membiarkan kegagalannya tanpa usaha memperbaiki" Juga diselitkan nama beberapa tokoh wanita abad ini yang memiliki ciri2 INISIATIF untuk dikongsi bersama semangat mereka serta boleh dijadikan sebagai MOTIVASI untuk diri sendiri.
Antara lain, persoalan kurang kepercayaan kepada diri sendiri, selalu rasa rendah diri...yang mana golongan ini sering membandingkan diri mereka dengan kelebihan yang ada pada orang lain, tanpa disedari mereka sebenarnya sedang membinasakan jiwa mereka, memperkecil-kecilkan bakat atau potensi yang ada dalam diri mereka..Aduhh..! seakan terkena batang hidung sendiri..,kerana sebenarnya tergolong dalam kategori ini juga nampaknya..., Subhanallah.., Allah uji kesabaran dengan menghadiri mesyuarat yang membosankan itu rupanya ada hikmahnya, Allah takdirkan diri ini menerima hadiah sebuah buku yang mengandungi jawapan demi jawapan untuk persoalan jiwa selama ini....,
Buku ini sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan, dengan gaya bahasa yang menarik dan input/sumber daripada Al-Quran, Sunnah serta kata-kata hikmah dari para sahabat dan juga dari sumber ilmuan2 yang lain, maka selayaknyalah buku ini patut berada didalam rumah anda....:)
No comments:
Post a Comment