Friday, February 19, 2010

IBU & BAPAK KU...


INI LAH DIA MAK-BAPAK KU.., BAPAKKU HAJI JUKRANA BIN HJ JAKARIA DAN MAK (MAMAK) HAJJAH BEJURI BTE ASKAL..

DUA INSAN YANG AKU SAYANGI INI LER YANG BERSUSAH PAYAH,BERHEMPAS PULAS MEMBESARKAN KAMI 15 BERADIK...BUKAN KERJA MUDAH..AKU YANG CUMA ADA TIGA ORG ANAK NI PON HURU-HARA GAK NAK HANDLE..!

MAK-BAPAK KU TEGAS DALAM MENDIDIK..AL MAKLUM ANAK RAMAI...MEMANG MASA KAMI KECIK2, KAMI XSUKA..ESPECIALLY NYER MAK AKU..GARANG SEMACAM JE..TAPI BILA AKU DAH JADI MAK BARU AKU FAHAM, GARANG MAK BUKAN SEMBARANGAN TAPI DIA NAK MENDIDIK KAMI SUPAYA JADI "ORANG"...

TAPI DLM TEGAS KAMI TETAP DIBERI PERHATIAN SAMA RATA DAN PENUH KASIH SAYANG...MAKAN PAKAI KAMI XPERNAH NYE XCUKUP...MEREKA SANGGUP BUAT APA SAJA ASALKN KAMI X KEBULUR..ASALKAN KAMI XBERTELANJANG..,

KINI MAK-BAPAK AKU SEMAKIN DIMAMAH USIA..KEDUT2 DIMUKA MEREKA PADA AKU BUKAN SETAKAT TANDA 'TUA'..TAPI ITU LAH JALUR2 PERJALANAN HIDUP MEREKA YG PENUH LIKU UNTUK KAMI TATAP DAN AMBIL IKTIBAR..SUATU HARI NNTI, JIKA DIPANJANGKN UMUR KAMI JUA AKAN TUA..BEGITU LAH RANTAIAN HIDUP..

TERIMA KASIH MAK.,KERANA TELAH MELAHIRKAN KAMI, TERIMA KASIH BAPAK.KERANA MEMBESARKAN KAMI....


4 comments:

Anonymous said...

salam perkenalan...sememangnya apa yg kakak katakan itu betul dan benar...tapi ada juga anak2 yg melihat kegarangan ibu bapa sebagai suatu yg negatif sampaikan mereka memberontak dan menjadi 'hantu' @ derhaka kepada ibu bapa...
ibu bapa sanggup beralah dan mengalah demi anak2...tapi berapa ramai anak2 yg sanggup beralah dan mengalah demi ibu bapa...????!!!
saya sangat respect kepada ibu bapa kakak yg sama2 mengharungi perit getir hidup bersama demi membesarkan 15 org anugerah dari allah s.w.t tanpa sedikit pun rasa terbeban....ibu bapa seperti mereka ini adalah teladan baik buat mereka yg membuang bayi....

hamba Allah said...

salam perkenalan juga untuk awak...thanks sudi singgah kat sini..actually komen 'anon' juga bnyk betulnya...bak kata pepatah kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah masa berada. sama2lah kita renungkan....
kasihi lah mereka semasa masih masih hidup...dan doakn semoga mereka ditempatkn bersama-sama org yg beriman jika keduanya sudah tiada...

Anonymous said...

salam kak dang...semoga ramai anak2 zaman sekarang akan sedar pengorbanan besar ibu bapa terhadap anak2....saya ingin sekali mahu melihat gambar kesemua adik-beradik kak dang kerana saya teruja bila kali pertama mengetahui kak dang ada 14 adik-beradik...saya merupkan anak tunggal dalam family so bila dapat tahu kisah kak dang, saya teruja untuk melihat silaturrahim kak dang dan adik-beradik yg lain....
saya minta maaf andai permintaan saya ini agak keterlaluan...tidak ada niat lain di hati, cuma sekadar mahu melihat kemesraan kak dang dan ahli keluarga kakak yg besar itu....sekali lagi saya mohon maaf sekiranya saya agak keterlaluan....sekian...

hamba Allah said...

W'salam dik..terimakasih kerana sudi dtg ziarah blog akak..tentang gambar kluarga akak tu..akan akak usahakan...InsyaAllah...