Friday, September 27, 2013

20 Penyakit Hati Terhadap Allah


Kena semak semula....

  1. Tidak KHUSYUK beribadah
  2. LALAI dari mengingati Allah
  3. Tidak YAKIN kepada Allah
  4. Tidak IKHLAS dengan Allah
  5. Tidak TAKUT pada ANCAMAN Allah
  6. Tidak HARAP pada RAHMAT Allah
  7. Tidak REDHA akan TAKDIR Allah
  8. Tidak PUAS dengan PEMBERIAN Allah
  9. Tidak SABAR atas UJIAN Allah
  10. Tidak BERSYUKUR atas NIKMAT Allah
  11. Tidak TERASA hebatnya Allah
  12. Tidak RINDU dan CINTA pada Allah
  13. Tidak TAWAKAL kepada Allah
  14. Tidak RINDU pada SYURGA
  15. Tidak TAKUT pada NERAKA
  16. GILA pada DUNIA
  17. BUANG MASA dengan sia-sia
  18. TAKUT pada orang atau makhluk lain selain Allah
  19. RIAK dan TAKBUR
  20. GILA pujian dan kemasyuran

Friday, September 13, 2013

Si Tudung Labuh


Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku

Suatu ketika dahulu
Diri hanya  insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..
Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga
Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya
Ya Allah…. Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku

Sumber

Wednesday, September 11, 2013

Pembagian Juzuk dalam Al Quran


Juz’ 1 – 1.AlFatiha 1. – 2.AlBaqarah 141
Juz’ 2 – 2.AlBaqarah 142 – 2.AlBaqarah 252
Juz’ 3 – 2.AlBaqarah 253 – 3.Al Imran 92
Juz’ 4 – 3.AlImran 93. – 4.An Nisaa 23
Juz’ 5 – 4.AnNisaa 24. – 4.AnNisaa 147
Juz’ 6 – 4.AnNisaa 148 – 5.AlMa’idah 81
Juz’ 7 – 5.AlMa’idah 82. – 6.AlAn’am 110
Juz’ 8 – 6.AlAn’am 111. – 7.Al A’raf 87
Juz’ 9 – 7.Al A’raf 88. – 8.Al Anfal 40
Juz’ 10 – 8.AlAnfal 41. – 9.AtTauba 92
Juz’ 11 – 9.AtTauba 93. – 11.Hud 5
Juz’ 12 – 11.Hud 6. – 12.Yusuf 52
Juz’ 13 – 12.Yusuf 53. – 14.Ibrahim 52
Juz’ 14 – 15.AlHijr 1. – 16.AnNahl 128
Juz’ 15 – 17.Al Isra 1. – 18.Al Kahf 74
Juz’ 16 – 18.Al Kahf 75. – 20.Ta Ha 135
Juz’ 17 – 21.AlAnbiyaa 1. – 22.Al Hajj 78
Juz’ 18 – 23.AlMu’minun 1 – 25.AlFurqan 20
Juz’ 19 – 25.AlFurqan 21. – 27.AnNaml 55
Juz’ 20 – 27.AnNaml 56. – 29.AlAnkabut 45
Juz’ 21 – 29.AlAnkabut 46 – 33.Al Azhab 30
Juz’ 22 – 33.AlAzhab 31 – 36.Ya Sin 27
Juz’ 23 – 36.Ya Sin 28. – 39.AzZumar 31
Juz’ 24 – 39.AzZumar 32. – 41.Fussilat 46
Juz’ 25 – 41.Fussilat 47. – 45.AlJathiya 37
Juz’ 26 – 46.Al Ahqaf 1. – 51.Az Zariyat 30
Juz’ 27 – 51.AzZariyat 31. – 57.AlHadid 29
Juz’ 28 – 58.AlMujadila 1. – 66.AtTahrim 12
Juz’ 29 – 67.AlMulk 1. – 77.AlMursalat 50
Juz’ 30 – 78.AnNabaa 1. – 114.AnNas 6

Sumber


  • 1 al-Qur'an= 30 Juzuk
  • 1 Juzuk= 2 Hizb
  • 1 Hizb= 4 Maqra’ (pecahan 1/4 hizb , 1/2 hizb) , 3/4 hizb dan 1 hizb penuh)
  • 1 Al-Qur’an = 240 maqra’ @ pecahan
  • Saturday, September 7, 2013

    Adab-adab Membaca Al Quran



    1. Sebaiknya orang yang membaca Al-Qur'an dalam keadaan sudah berwudhu, suci pakaiannya, badannya dan tempatnya serta telah bergosok gigi.

    2. Hendaknya memilih tempat yang tenang dan waktunya pun pas, karena hal tersebut lebih dapat konsentrasi dan jiwa lebih tenang.

    3. Hendaknya memulai tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain selain surah At-Taubah. Allah berfirman yang artinya:
    "Apabila kamu akan membaca al-Qur'an, maka memohon perlindungan-lah kamu kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk". (An-Nahl: 98).

    4. Hendaknya selalu memperhatikan hukum-hukum tajwid dan membunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan). Allah berfirman yang artinya:
    "Dan Bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan". (Al-Muzzammil: 4).

    5. Disunnatkan memanjangkan bacaan dan memperindah suara di saat membacanya. Anas bin Malik pernah ditanya:
    Bagaimana bacaan Nabi (terhadap Al-Qur'an? Anas menjawab: "Bacaannya panjang (mad), kemudian Nabi membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sambil memanjangkan Bismillahi, dan memanjangkan bacaan ar-rahmani dan memanjangkan bacaan ar-rahim". (HR. Al-Bukhari).

    Dan Nabi juga bersabda:
    "Hiasilah suara kalian dengan Al-Qur'an". (HR. Abu Daud, dan dishahih-kan oleh Al-Albani).

    6. Hendaknya membaca sambil merenungkan dan menghayati makna yang terkandung pada ayat-ayat yang dibaca, berinteraksi dengannya, sambil memohon surga kepada Allah bila terbaca ayat-ayat surga, dan berlindung kepada Allah dari neraka bila terbaca ayat-ayat neraka. Allah berfirman yang artinya:
    "Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." (Shad: 29).

    Dan di dalam hadits Hudzaifah ia menuturkan:
    "......Apabila Nabi terbaca ayat yang mengandung makna bertasbih (kepada Allah) beliau bertasbih, dan apabila terbaca ayat yang mengandung do`a, maka beliau berdo`a, dan apabila terbaca ayat yang bermakna meminta perlindungan (kepada Allah) beliau memohon perlindungan". (HR. Muslim).

    Allah berfirman yang artinya:

    7. Hendaknya mendengarkan bacaan Al-Qur'an dengan baik dan diam, tidak berbicara. Allah berfirman yang artinya:
    "Dan apabila Al-Qur'an dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu men-dapat rahmat". (Al-A`raf: 204).

    8. Hendaklah selalu menjaga al-Qur'an dan tekun membacanya dan mempelajarinya (bertadarus) hingga tidak lupa. Rasulullah bersabda:
    "Peliharalah Al-Qur'an baik-baik, karena demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, ia benar-benar lebih liar (mudah lepas) dari pada unta yang terikat di tali kendalinya". (HR. Al-Bukhari).

    9. Hendaknya tidak menyentuh Al-Qur'an kecuali dalam keadaan suci. Allah telah berfirman yang artinya:
    "Tidak akan menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan". (Al-Waqi`ah: 79).

    10. Boleh bagi wanita haid dan nifas membaca al-Qur'an dengan tidak menyentuh mushafnya menurut salah satu pendapat ulama yang lebih kuat, karena tidak ada hadits shahih dari Rasulullah yang melarang hal tersebut.

    11. Disunnatkan menyaringkan bacaan Al-Qur'an selagi tidak ada unsur yang negatif, seperti riya atau yang serupa dengannya, atau dapat mengganggu orang yang sedang shalat, atau orang lain yang juga membaca Al-Qur'an.

    12. Termasuk sunnah adalah berhenti membaca bila sudah ngantuk, karena Rasulullah bersabda:
    "Apabila salah seorang kamu bangun di malam hari, lalu lisannya merasa sulit untuk membaca Al-Qur'an hingga tidak menyadari apa yang ia baca, maka hendaknya ia berbaring (tidur)". (HR. Muslim)


    kredit : Halaqah

    Tuesday, October 2, 2012

    Pesanan Buat Diri

    Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
    Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN 

    Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
    (Asy-Syahid Hassan al-Banna)


    Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
    Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
     hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..

    Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]

     Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha” 

     Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)

     Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

    Thursday, September 27, 2012

    Tips Meningkatkan Keyakinan Diri


    Anda merasa kurang yakin menempuhi hari-hari kehidupan anda? Ingin berubah menjadi lebih baik? Di sini ingin saya kongsikan cara mudah untuk membina keyakinan diri.

    1. Terima, sayangi dan hormati diri anda.
    Anda adalah unik . Hanya ada anda sahaja di dunia ini. Anda memiliki keistimewaan tersendiri. Cuma kenal pasti apa kekuatan yang anda miliki. Jika anda membenci diri anda pemikiran bawah sedar anda hanya akan mematuhi arahanya supaya anda hanya cari jalan untuk membuktikan anda memang lemah.Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran anda katakan "Aku hargai, hormat dan sayangi diri aku" dengan penuh perasaan dan ulang-ulangkan sehingga penyataan anda benar-benar jujur pada diri anda

    2. Kemas dan rapikan penamapilan anda mengikut situasi di mana anda berada dan anda selesa dengan penampilan anda.
    Kebersihan, gaya fesyen yang sesuai dapat memberikan pengaruh kepada emosi anda dan emosi orang lain tentang siapa dan bagaimana anda akan dilayan oleh orang lain di peresekitaran anda. Jadi mulakan transformasi penampilan diri anda. Dari segi berat badan pun anda boleh kurangkan ikut kesesuaian ketinggian anda supaya nampak bergaya.

    3. Pelihara kesihatan mental dan fizikal supaya anda nampak sihat dan anggun. Sihat dalaman dan sihat luaran banyak mempengaruhi cara anda berfikir dan kemampuan anda terhadap betapa anda memang benar2 sayang pada diri anda.

    4. Senyuman adalah sesuatu yang istimewa dimana akan meningkatkan keyalinan anda . Dengan senyuman anda akan dapat menghubungi orang lain dari segi perasaan yang baik pada diri anda. Senyuman bermakna saya suka anda dan anda pasti akan sukai saya. Orang lain akan tunduk dengan senyuman yang ikhlas dari anda. Kemesraan akan terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah senyumannya.

    5. Posture atau posisi setiap anggota tubuh badan anda perlu ditunjukkan dengan penampilan yang saya sukai diri saya. Berdirilah dengan tegak dan santai. naikkan sedikit dada anda. tegakkan bahu anda, angkatkan sedikit kepala anda. Bila anda berjalan lajukan 25% daripada biasa. Tunjukkan keyakinan cara anda berjalan , berdiri, duduk,  bahawa anda nyatakan diri anda "aku orang penting dan amat berharga. Allah jadikan aku seorang khalifah yang hebat. Inilah diri aku..." tetapi bukan kaedah cara orang yang sombong.

    6. Ambil maruah anda. Jangan merasakan anda begitu terpencil apabila anda berada di sesuatu tempat. Rasakan kawasan anda itu seolah-olah anda menguasainya.

    7. Tumpukan perhatian pada orang di persekitran anda . Lihat segala kebaikan yang mereka ada dan hargai , ucapkan pujian yang sepatutnya. Dengan cara ini orang lain akan menyenangi kehadiran anda. Anda diterima dengan sebaiknya. Biasanya anda hanya menumpukan kelemahan dan kekurangan pada diri anda ini akan menyebabkan anda rasa rendah diri yang membawa kepada kurang berkeyakinan.
    8. JIka berada di majlis orang ramai pastikan anda duduk dibahagian hadapan. Biasakan diri bagi meningkatkan keyakinan anda . Buangkan rasa takut kerana orang penting akan berada di barisan yang palig hadapan.

    9. Suarakan dengan yakin apa sahaja pendapat anda. Anda berhak untuk menampilkan diri anda. TIdak perlu untuk bertanding dengan orang lain hanya tampilkan keistimewaan anda.

    10. Untuk menuju kesempurnaan bersedia untuk menerima kesilapan yang anda bakal lakukan. Anda bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi anda sanggup sedia kerana tiada manusia yang boleh jadi terus sempurna. Ianya seperti pokok yang tumbuh dari biji benih. Katakan aku akan buat lebih baik lagi. Pengalaman yang anda terima berulang kali akan memantapkan lagi keyakinan diri anda pada sesuatu perkara yang anda lakukan.

    11. Bercakap dengan mengekal hubungan mata menunjukan anda hormat pada orang yang anda sedang bercakap. Hubungan mata menujukkan anda adalah orang yang yakin benar terhadap tingkahlaku anda. Peringatan : bila berurusan dengan individu yang berlainan gender, pandangan mata mesti dikawal supaya tidak timbul sebarang fitnah....

    12. JIkia anda belum yakin lakukan lakonan anda memang yakin. Lakonan akan menjadikan diri anda yang sebenar kerana apa yang minda percaya itulah yang akan diikuti oleh tindakan fizikal tubuh badan dan percakapan diri anda.

    13. Anggap diri anda penting dan siapa sahaja yang berada di sisi anda juga adalah penting. Sayangi orang di sekitar anda nescaya anda akan disayangi. Ingat berniatlah ingin membantu orang lain nescaya anda akan dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Hanya orang yang yakin adalah orang yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
    Sumber : mindataqwa

    Tuesday, September 25, 2012

    Kelebihan Membaca dan Menghayati Al Quran

    Al-Quran adalah kalam ALLAH.  Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya.  Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya.  Berikut adalah beberapa hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengenai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran:

    1)  Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

    Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
    “Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”
    (HR Muslim)
    Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
    “Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).”
    (Riwayat Muslim)

    2)  Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.

    Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
    “Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
    (HR al-Bukhari)

    3)  Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran. 

    Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
    “Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat.  Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”
    (Muttafaq `alaih)

    4)  Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al-Quran.

    Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
    “Perumpamaan orang mu’min yang suka membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (اَلْاُتْرُجَّة), baunya enak dan rasanya pun enak.  Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanya manis.  Adapun perumpamaan orang munafik yang suka membaca al-Quran ialah seperti minyak harum, baunya enak sedang rasanya pahit.  Dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti rumput hanzolah (اَلْحَنْظَلَة), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”
    (Muttafaq ‘alaih)

    5)  Al-Quran menaikkan dan menurunkan darjat manusia.

    Dari `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu bahawasanya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
    “Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini (orang-orang yang beriman) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain-lain dengan sebab al-Quran itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu).”
    (HR Muslim)

    6)  Dibenarkan iri hati kepada orang yang membaca dan mengamalkan al-Quran.

    Dari Ibnu `Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam sabdanya:
    “Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh ALLAH dalam hal al-Quran, lalu ia berdiri dengan al-Quran itu (membaca sambil memikirkan dan juga mengamalkannya) di waktu malam dan waktu siang.  Juga seorang yang dikurniakan ALLAH akan harta lalu ia menafkahkannya di waktu malam dan siang (untuk kebaikan).”
    (Muttafaq ‘alaih)

    7)  Bacaan al-Quran mempunyai sakinah

    Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:
    “Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu.  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”
    (Muttafaq ‘alaih)

    8)  Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.

    Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
    “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”
    (HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

    9)  Orang yang tiada al-Quran di dalam hatinya ibarat rumah yang kosong.

    Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
    “Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”
    (HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

    10)  Kebaikan membaca al-Quran secara tartil

    Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
    “Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”
    (HR Abu Daud dan at-Turmudzi, dengan katanya hadith ini hasan sahih)
    Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan yang banyak buat kita dan memberikan kita kekuatan untuk istiqamah mendampingi dan mengambil manfaat dari al-Quran.  La haula wa la quwwata illa biLLAH, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH.  Hidayah dan taufiq ALLAH lah sangat-sangat kita harapkan, amin…muzir.wordpress.com