Friday, September 13, 2013
Si Tudung Labuh
Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku
Suatu ketika dahulu
Diri hanya insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..
Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga
Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya
Ya Allah…. Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku
Sumber
Wednesday, September 11, 2013
Pembagian Juzuk dalam Al Quran
Juz’ 1 – 1.AlFatiha 1. – 2.AlBaqarah 141
Juz’ 2 – 2.AlBaqarah 142 – 2.AlBaqarah 252
Juz’ 3 – 2.AlBaqarah 253 – 3.Al Imran 92
Juz’ 4 – 3.AlImran 93. – 4.An Nisaa 23
Juz’ 5 – 4.AnNisaa 24. – 4.AnNisaa 147
Juz’ 6 – 4.AnNisaa 148 – 5.AlMa’idah 81
Juz’ 7 – 5.AlMa’idah 82. – 6.AlAn’am 110
Juz’ 8 – 6.AlAn’am 111. – 7.Al A’raf 87
Juz’ 9 – 7.Al A’raf 88. – 8.Al Anfal 40
Juz’ 10 – 8.AlAnfal 41. – 9.AtTauba 92
Juz’ 11 – 9.AtTauba 93. – 11.Hud 5
Juz’ 12 – 11.Hud 6. – 12.Yusuf 52
Juz’ 13 – 12.Yusuf 53. – 14.Ibrahim 52
Juz’ 14 – 15.AlHijr 1. – 16.AnNahl 128
Juz’ 15 – 17.Al Isra 1. – 18.Al Kahf 74
Juz’ 16 – 18.Al Kahf 75. – 20.Ta Ha 135
Juz’ 17 – 21.AlAnbiyaa 1. – 22.Al Hajj 78
Juz’ 18 – 23.AlMu’minun 1 – 25.AlFurqan 20
Juz’ 19 – 25.AlFurqan 21. – 27.AnNaml 55
Juz’ 20 – 27.AnNaml 56. – 29.AlAnkabut 45
Juz’ 21 – 29.AlAnkabut 46 – 33.Al Azhab 30
Juz’ 22 – 33.AlAzhab 31 – 36.Ya Sin 27
Juz’ 23 – 36.Ya Sin 28. – 39.AzZumar 31
Juz’ 24 – 39.AzZumar 32. – 41.Fussilat 46
Juz’ 25 – 41.Fussilat 47. – 45.AlJathiya 37
Juz’ 26 – 46.Al Ahqaf 1. – 51.Az Zariyat 30
Juz’ 27 – 51.AzZariyat 31. – 57.AlHadid 29
Juz’ 28 – 58.AlMujadila 1. – 66.AtTahrim 12
Juz’ 29 – 67.AlMulk 1. – 77.AlMursalat 50
Juz’ 30 – 78.AnNabaa 1. – 114.AnNas 6
Sumber
|
|
Saturday, September 7, 2013
Adab-adab Membaca Al Quran
1. Sebaiknya orang yang membaca Al-Qur'an dalam keadaan sudah berwudhu, suci pakaiannya, badannya dan tempatnya serta telah bergosok gigi.
2. Hendaknya memilih tempat yang tenang dan waktunya pun pas, karena hal tersebut lebih dapat konsentrasi dan jiwa lebih tenang.
3. Hendaknya memulai tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain selain surah At-Taubah. Allah berfirman yang artinya:
"Apabila kamu akan membaca al-Qur'an, maka memohon perlindungan-lah kamu kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk". (An-Nahl: 98).
4. Hendaknya selalu memperhatikan hukum-hukum tajwid dan membunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan). Allah berfirman yang artinya:
"Dan Bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan". (Al-Muzzammil: 4).
5. Disunnatkan memanjangkan bacaan dan memperindah suara di saat membacanya. Anas bin Malik pernah ditanya:
Bagaimana bacaan Nabi (terhadap Al-Qur'an? Anas menjawab: "Bacaannya panjang (mad), kemudian Nabi membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sambil memanjangkan Bismillahi, dan memanjangkan bacaan ar-rahmani dan memanjangkan bacaan ar-rahim". (HR. Al-Bukhari).
Dan Nabi juga bersabda:
"Hiasilah suara kalian dengan Al-Qur'an". (HR. Abu Daud, dan dishahih-kan oleh Al-Albani).
6. Hendaknya membaca sambil merenungkan dan menghayati makna yang terkandung pada ayat-ayat yang dibaca, berinteraksi dengannya, sambil memohon surga kepada Allah bila terbaca ayat-ayat surga, dan berlindung kepada Allah dari neraka bila terbaca ayat-ayat neraka. Allah berfirman yang artinya:
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." (Shad: 29).
Dan di dalam hadits Hudzaifah ia menuturkan:
"......Apabila Nabi terbaca ayat yang mengandung makna bertasbih (kepada Allah) beliau bertasbih, dan apabila terbaca ayat yang mengandung do`a, maka beliau berdo`a, dan apabila terbaca ayat yang bermakna meminta perlindungan (kepada Allah) beliau memohon perlindungan". (HR. Muslim).
Allah berfirman yang artinya:
7. Hendaknya mendengarkan bacaan Al-Qur'an dengan baik dan diam, tidak berbicara. Allah berfirman yang artinya:
"Dan apabila Al-Qur'an dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu men-dapat rahmat". (Al-A`raf: 204).
8. Hendaklah selalu menjaga al-Qur'an dan tekun membacanya dan mempelajarinya (bertadarus) hingga tidak lupa. Rasulullah bersabda:
"Peliharalah Al-Qur'an baik-baik, karena demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, ia benar-benar lebih liar (mudah lepas) dari pada unta yang terikat di tali kendalinya". (HR. Al-Bukhari).
9. Hendaknya tidak menyentuh Al-Qur'an kecuali dalam keadaan suci. Allah telah berfirman yang artinya:
"Tidak akan menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan". (Al-Waqi`ah: 79).
10. Boleh bagi wanita haid dan nifas membaca al-Qur'an dengan tidak menyentuh mushafnya menurut salah satu pendapat ulama yang lebih kuat, karena tidak ada hadits shahih dari Rasulullah yang melarang hal tersebut.
11. Disunnatkan menyaringkan bacaan Al-Qur'an selagi tidak ada unsur yang negatif, seperti riya atau yang serupa dengannya, atau dapat mengganggu orang yang sedang shalat, atau orang lain yang juga membaca Al-Qur'an.
12. Termasuk sunnah adalah berhenti membaca bila sudah ngantuk, karena Rasulullah bersabda:
"Apabila salah seorang kamu bangun di malam hari, lalu lisannya merasa sulit untuk membaca Al-Qur'an hingga tidak menyadari apa yang ia baca, maka hendaknya ia berbaring (tidur)". (HR. Muslim)
kredit : Halaqah
Tuesday, October 2, 2012
Pesanan Buat Diri
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati
kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh,
jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
Dalam kita melangkah… Terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana…
Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN
yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga
tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman,
Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi
indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci
AL-QURAN
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya
tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air
mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin
menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa
pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah
cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di
genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah
kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi
sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati.
hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang
mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang
dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn
sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan
perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat
di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan
aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan
akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]
Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan
adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan,
wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat
redha”
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:
“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama
lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan
larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa
sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman)
kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat
dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan
walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari
dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak
kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila
berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang
mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi
yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai
cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga
lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani
jzkk...~achiksolehah~
Thursday, September 27, 2012
Tips Meningkatkan Keyakinan Diri
Anda merasa kurang yakin menempuhi hari-hari kehidupan anda? Ingin
berubah menjadi lebih baik? Di sini ingin saya kongsikan cara mudah
untuk membina keyakinan diri.
1. Terima, sayangi dan hormati diri anda.
Anda adalah unik . Hanya ada anda sahaja di dunia ini. Anda memiliki
keistimewaan tersendiri. Cuma kenal pasti apa kekuatan yang anda miliki.
Jika anda membenci diri anda pemikiran bawah sedar anda hanya akan
mematuhi arahanya supaya anda hanya cari jalan untuk membuktikan anda
memang lemah.Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran anda katakan "Aku
hargai, hormat dan sayangi diri aku" dengan penuh perasaan dan
ulang-ulangkan sehingga penyataan anda benar-benar jujur pada diri anda
2. Kemas dan rapikan penamapilan anda mengikut situasi di mana anda berada dan anda selesa dengan penampilan anda.
Kebersihan, gaya fesyen yang sesuai dapat memberikan pengaruh kepada
emosi anda dan emosi orang lain tentang siapa dan bagaimana anda akan
dilayan oleh orang lain di peresekitaran anda. Jadi mulakan transformasi
penampilan diri anda. Dari segi berat badan pun anda boleh kurangkan
ikut kesesuaian ketinggian anda supaya nampak bergaya.
3.
Pelihara kesihatan mental dan fizikal supaya anda nampak sihat dan
anggun. Sihat dalaman dan sihat luaran banyak mempengaruhi cara anda
berfikir dan kemampuan anda terhadap betapa anda memang benar2 sayang
pada diri anda.
4. Senyuman adalah sesuatu yang istimewa dimana
akan meningkatkan keyalinan anda . Dengan senyuman anda akan dapat
menghubungi orang lain dari segi perasaan yang baik pada diri anda.
Senyuman bermakna saya suka anda dan anda pasti akan sukai saya. Orang
lain akan tunduk dengan senyuman yang ikhlas dari anda. Kemesraan akan
terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah senyumannya.
5.
Posture atau posisi setiap anggota tubuh badan anda perlu ditunjukkan
dengan penampilan yang saya sukai diri saya. Berdirilah dengan tegak dan
santai. naikkan sedikit dada anda. tegakkan bahu anda, angkatkan
sedikit kepala anda. Bila anda berjalan lajukan 25% daripada biasa.
Tunjukkan keyakinan cara anda berjalan , berdiri, duduk, bahawa anda
nyatakan diri anda "aku orang penting dan amat berharga. Allah jadikan
aku seorang khalifah yang hebat. Inilah diri aku..." tetapi bukan kaedah
cara orang yang sombong.
6. Ambil maruah anda. Jangan merasakan
anda begitu terpencil apabila anda berada di sesuatu tempat. Rasakan
kawasan anda itu seolah-olah anda menguasainya.
7. Tumpukan
perhatian pada orang di persekitran anda . Lihat segala kebaikan yang
mereka ada dan hargai , ucapkan pujian yang sepatutnya. Dengan cara ini
orang lain akan menyenangi kehadiran anda. Anda diterima dengan
sebaiknya. Biasanya anda hanya menumpukan kelemahan dan kekurangan pada
diri anda ini akan menyebabkan anda rasa rendah diri yang membawa kepada
kurang berkeyakinan.
8. JIka berada di majlis orang ramai pastikan
anda duduk dibahagian hadapan. Biasakan diri bagi meningkatkan
keyakinan anda . Buangkan rasa takut kerana orang penting akan berada di
barisan yang palig hadapan.
9. Suarakan dengan yakin apa sahaja
pendapat anda. Anda berhak untuk menampilkan diri anda. TIdak perlu
untuk bertanding dengan orang lain hanya tampilkan keistimewaan anda.
10.
Untuk menuju kesempurnaan bersedia untuk menerima kesilapan yang anda
bakal lakukan. Anda bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi anda
sanggup sedia kerana tiada manusia yang boleh jadi terus sempurna. Ianya
seperti pokok yang tumbuh dari biji benih. Katakan aku akan buat lebih
baik lagi. Pengalaman yang anda terima berulang kali akan memantapkan
lagi keyakinan diri anda pada sesuatu perkara yang anda lakukan.
11. Bercakap
dengan mengekal hubungan mata menunjukan anda hormat pada orang yang
anda sedang bercakap. Hubungan mata menujukkan anda adalah orang yang
yakin benar terhadap tingkahlaku anda. Peringatan : bila berurusan
dengan individu yang berlainan gender, pandangan mata mesti dikawal
supaya tidak timbul sebarang fitnah....
12. JIkia anda belum yakin
lakukan lakonan anda memang yakin. Lakonan akan
menjadikan diri anda yang sebenar kerana apa yang minda percaya itulah
yang akan diikuti oleh tindakan fizikal tubuh badan dan percakapan diri
anda.
13. Anggap diri anda penting dan siapa sahaja yang berada
di sisi anda juga adalah penting. Sayangi orang di sekitar anda
nescaya anda akan disayangi. Ingat berniatlah ingin membantu orang lain
nescaya anda akan dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Hanya orang
yang yakin adalah orang yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang
lain seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Sumber : mindataqwa
Tuesday, September 25, 2012
Kelebihan Membaca dan Menghayati Al Quran
Al-Quran adalah kalam ALLAH. Padanya ada suruhan,
larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat
mukminin khususnya. Membaca dan menghayati al-Quran tentunya
menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya.
Berikut adalah beberapa hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam
mengenai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran:
1) Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”(HR Muslim)
Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).”(Riwayat Muslim)
2) Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.
Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”(HR al-Bukhari)
3) Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran.
Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”(Muttafaq `alaih)
4) Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al-Quran.
Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Perumpamaan orang mu’min yang suka membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (اَلْاُتْرُجَّة), baunya enak dan rasanya pun enak. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang suka membaca al-Quran ialah seperti minyak harum, baunya enak sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti rumput hanzolah (اَلْحَنْظَلَة), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”(Muttafaq ‘alaih)
5) Al-Quran menaikkan dan menurunkan darjat manusia.
Dari `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu bahawasanya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini (orang-orang yang beriman) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain-lain dengan sebab al-Quran itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu).”(HR Muslim)
6) Dibenarkan iri hati kepada orang yang membaca dan mengamalkan al-Quran.
Dari Ibnu `Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam sabdanya:
“Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh ALLAH dalam hal al-Quran, lalu ia berdiri dengan al-Quran itu (membaca sambil memikirkan dan juga mengamalkannya) di waktu malam dan waktu siang. Juga seorang yang dikurniakan ALLAH akan harta lalu ia menafkahkannya di waktu malam dan siang (untuk kebaikan).”(Muttafaq ‘alaih)
7) Bacaan al-Quran mempunyai sakinah
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:
“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”(Muttafaq ‘alaih)
8) Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)
9) Orang yang tiada al-Quran di dalam hatinya ibarat rumah yang kosong.
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)
10) Kebaikan membaca al-Quran secara tartil
Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”(HR Abu Daud dan at-Turmudzi, dengan katanya hadith ini hasan sahih)
Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan yang banyak buat
kita dan memberikan kita kekuatan untuk istiqamah mendampingi dan
mengambil manfaat dari al-Quran. La haula wa la quwwata illa biLLAH,
tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH. Hidayah dan taufiq
ALLAH lah sangat-sangat kita harapkan, amin…muzir.wordpress.com
Tuesday, August 28, 2012
Tanda-tanda Seorang Perempuan & Lelaki Dicintai Jin
1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki...
samada lelaki yang sama...atau silih berganti...
samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing...
...bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu semuanya ' hensom ' dan menawan
hati...
...kadang-kadang hanya saling berpandangan...
seperti orang yang baru mula berkenalan dan
bercinta...
...atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap
melakukan hubungan badan...
...tapi ada juga keadaannya...bukan lelaki ' hensom '
sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut-
kan...
...ia bergantung kepada keadaan...dan jin bagaimana
yang mengganggu...
2.Jika jin jantan itu saka keturunan...
biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki
sejak dari kanak-kanaknya lagi...
...untuk rawatan...
wanita ini juga perlu beramal sendiri...
...kerana biasanya jin itu sangat degil...dan 'cintanya'
sampai ke mati...
3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil...orang
asing...atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam
antara tidur dan jaga...
...kadang-kadang hanya didatangi...atau mungkin di-
ganggu...atau buat hubungan badan sukarela...atau
mungkin wanita itu diperkosa...
4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di-
dalam saluran sulitnya...gatal atau hingga menimbul-
kan rasa birahi yang memuncak...
...ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat
cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa
mengenal batas...
...iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa
sebab...
...dari satu segi...
ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh
kejahatan jin...
dan kadang-kadang di luar kawalan...
...dan rahsia utamanya...iaitu kerana jin itu turut
serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.
5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada
bahagian kepala...
6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki...
walaupun ia telah bersuami..
...dan besar kecenderungannya berlaku curang
terhadap pasangannya...
...ia ada daya penarik tersendiri...terutama kepada
lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya...
7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu
malam...
...dan siangnya ia sering merasa lemas badan...
8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu
yang aneh masuk ke dalam tubuhnya...
9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu
lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan-
nya dari mana-mana...
10.Sukar mengerjakan solat...ada-ada saja halangan-
nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat
masa...
11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat
letih tanpa sebab munasabah.
12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga...ia di-
datangi makhluk menyerupai suami...atau orang
lain...atau makhluk aneh yang mengganggu atau
menyetubuhinya.
Nota :
1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau
pasangannya ada jin jantan dalam badan...
samada kerana saka...menuntut ilmu...menyimpan
tangkal dan sebagainya...
...apabila ia melakukan hubungan badan...jin tersebut
itu turut sama samada sengaja atau tidak...
maka jin itu mula ketagih dan buat 'kerja sendiri'
tanpa kawalan tuannya...
...itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan
jin walau apa pun caranya...
2.Wanita yang ada gangguan ini...
kadang-kadang masa bercinta semuanya indah...
tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan
rumah tangganya kerana takut atau benci...
atau cemburu pada si suami yang...
...tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan...
jin itu suka...kerana ia haram...dan tiada ikatan yang
mengganggunya...
3.Bagi yang sudah bersuami...
kecenderungannya berlaku curang sangat besar...
dari sebab hasutan jin...
...ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja...
terutama lelaki yang didampingi jin betina...
...malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa
kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita
itu dari suaminya yang halal...
juga dari sebab hasutan jin betina...
...kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu...
nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat
pada wanita tadi...
Subscribe to:
Posts (Atom)






