Buruk
sangka terbahagi dua, iaitu:
Pertama: Prasangka yang membawa kepada keburukan walaupun pada mulanya
ia menyangka atau berniat baik. Misalnya menambah atau mengurangkan sesuatu
amal yang tiada hujjahnya dari syara, maka ia diharamkan kerana selain
bertentangan dengan syara ia juga adalah bid’ah yang diharamkan. Dalilnya dapat difahami dari firman Allah Azza wa-Jalla:
وَهُمْ
يَحْسَبُوْنَ
اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ
صُنْعًا
"Dan
mereka mengira (menyangka) bahawa apa yang mereka lakukan adalah baik
(kebaikan)".
AL KAHFI, 18:104.
Menurut
ayat di atas, perkiraan atau sangkaan mereka yang baik dalam mencipta
serta mengadakan- adakan suatu amal yang baru adalah salah walaupun dengan
niat yang baik dan kerana Allah, kerana menambah atau mengurangkan sesuatu
dalam agama Islam tidak pernah ada keizinannya dari Allah Subhanahu
wa-Ta’ala. Agama Allah
(Islam) sudah sempurna sehingga tidak perlu ditokok tambah sebagaimana
firman Allah:
اَلْيَوْمَ
اَكْمَلْتُ
لَكُمْ دِيْنَكُمْ
"Hari
ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu".
AL MAIDAH, 5:3.
Kedua:
Buruk sangka dari hati yang sedar dan disengajakan
oleh pembuatnya. Al-Quran
dan as-Sunnah telah menjelaskan bahawa kebanyakan manusia mempunyai rasa
buruk sangka terhadap Allah dan agamaNya.
Termasuklah mereka yang mengakui sebagai muslim lantaran kejahilannya.
Sama ada mereka berburuk sangka terhadap Allah mengenai kesempurnaan
syariatNya atau terhadap kebenaran dan kesucian agamaNya. Perkara
ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:
وَمَا
يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ
اِلاَّ ظَنًّا
اِنَّ الظَّنَّ
لاَ يُغْنِى
مِنَ الْحَقِّ
شَيْئًا
"Dan
kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya
persangkaan itu tidak sedikitpun
berguna untuk mencapai kebenaran".
YUNUS,
10:36.
Buruk
sangka terhadap Allah sehingga kurang meyakini akan kebesaranNya, kebijaksanaanNya
dan kuasaNya untuk melakukan segala apa sahaja yang dikehendakiNya. Atau tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia dicipta untuk
diuji dan untuk menghambakan diri kepada Allah, maka penafian dan keingkaran yang tidak berasas ini diistilahkan
sebagai buruk sangka terhadap Allah.
Sikap manusia seperti ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:
وَقَالُوْا
مَاهِى اِلاَّ
حَيَاتُنَا
الدُّنْيَا
نَمُوْتُ وَنَحْيَا
وَمَا يُهْلِكُنَآ
اِلاَّ الدَّهْرُ
وَمَالَهُمْ
بِذَالِكَ مِنْ
عِلْمٍ اِنْ
هُمْ اِلاَّ
يَظُنُّوْنَ
"Dan mereka berkata: Kehidupan
ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita
hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa, dan mereka sekali-kali
tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah sangkaan
sahaja". AL
JAATSIYAH, 45:24.
اَفَحَسِبْتُمْ
اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ
عَبَثًا وَانَّكُمْ
اِلَيْنَا لاَ
تُرْجَعُوْنَ
"Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara
main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?".
AL
MU'MINUUN, 23:115.
Orang-orang
yang kufur dan fasik menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka,
begitu juga dengan perkiraan sebahagian orang-orang yang jahil yang menyangka
bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka selagi mereka mengakui sebagai
orang Islam sedangkan mereka tidak melaksanakan kewajiban syara seperti
sembahyang, puasa dan lainnya. Allah
telah menjelaskan tentang orang-orang yang fasik seperti ini sebagaimana
firmanNya:
لاَ
تَحْسَبَنَّ
الَّذِيْنَ
يَفْرَحُوْنَ
بِمَآ اَتَوا
وَّيُحِّبُّوْنَ
اَنْ يُحْمَدُوْا
بِمَا لَمْ يَفْعَلُوْا
فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ
بِمَفَازَةٍ
مِنَ الْعَذَابِ
وَلَهُمْ عَذَابٌ
اَلِيْمٌ.
"Janganlah kamu sekali-kali menyangka bahawa orang-orang yang gembira
dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap
perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah kamu menyangka bahawa mereka
akan terlepas dari siksa, dan bagi mereka siksa yang pedih". ALI
IMRAN, 3:188.
Ada
segolongan manusia yang berburuk sangka terhadap penerimaan Allah tentang
sebahagian amal ibadah yang telah dikerjakan, ia menyangka ada amal ibadahnya
yang tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Ia berpunca sama ada disebabkan keraguan atau penyakit was-was.
Keraguan dan was-was seperti ini adalah haram dan boleh membawa kepada
buruk sangka terhadap Allah. Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang umatnya dari berasa
ragu-ragu dan was-was tentang ibadah yang telah dikerjakan sebagaimana
sabda baginda:
(وَذَالِكُمْ
ظَنُّكُمُ الَّذِىعَنْ
جَابِرٍ قَالَ
: قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ
اَحَدُكُمْ
اِلاَّوَهُوَ
مُحْسِنٌ بِاللهِ
الظَّنَّ فَاِنَّ
قَوْمًا قَدْ
اَرْدَاهُمْ
سُوْءُ ظَنِّهِمْ
بِاللهِ عَزَّ
وَجَلَّ
ظَنَنْتُمْ
بِرَبِّكُمْ
اَرْدَاكُمْ
فَاَصْبَحْتُمْ
مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)
"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam:
Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka
baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana
telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman
Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu
sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka
jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi".
(FUSHSILAT, 23:41). H/R
Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Orang-orang
yang beriman diharamkan dari meragui apa sahaja perkara dan kejadian yang
berlaku terhadap dirinya atau terhadap yang lainnya sehingga membelakang
dan mengenepikan Allah atas urusan tersebut, kerana keraguan seperti itu
boleh membawa kepada buruk sangka terhadap Allah.
هُعَنْ
اَبِى بَكْرٍ
قَالَ : قُلْتُ
لِلنَّبِىِّ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَاَنَا فِى
الْغَارِ لَوْ
اَحَدَهُمْ
نَظَرَ تَحْتَ
قَدَمَيْهِ
لاَبْصَرَنَا
فَقَالَ : مَا
ظَنُّكَ يَا
اَبَا بَكْرٍ
بِاثْنَيْنِ
الل ثَالِثُهُمِا
"Dari Abi Bakar berkata: Aku
katakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan aku di dalam gua:
Jika salah seorang dari mereka melihat (melalui) bawah kakinya,
nescaya akan melihat kita hanya berdua.
Maka baginda bersabda: Tidaklah
begitu persangkaanmu wahai Abi Bakar, dengan berdua (dan) Allah yang ketiga".
H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Kesemua dalil-dalil dari al-Quran dan hadith di atas
menjelaskan bahawa berburuk sangka (berperasangkaan buruk) terhadap Allah
Subhanahu wa-Ta’ala dalam apa hal sekalipun adalah perbuatan keji
dan kufur (syirik terhadap Allah).
Buruk sangka terhadap Allah adalah sikap orang-orang kafir (musyrikin)
jahiliah yang sangat dikutuk dan dilaknat oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Setiap
orang yang beriman dilarang dari berburuk sangka terhadap keadilan Allah
kepada makhlukNya, berburuk sangka terhadap kesempurnaan agama Allah dan
berburuk sangka terhadap kekuasaan Allah sehingga membelakangkan Allah
dalam segala aspek dan cara hidup yang dianggap ibadah oleh syara.