Anda merasa kurang yakin menempuhi hari-hari kehidupan anda? Ingin 
berubah menjadi lebih baik? Di sini ingin saya kongsikan cara mudah 
untuk membina keyakinan diri.
1. Terima, sayangi dan hormati diri anda.
Anda adalah unik . Hanya ada anda sahaja di dunia ini. Anda memiliki 
keistimewaan tersendiri. Cuma kenal pasti apa kekuatan yang anda miliki.
 Jika anda membenci diri anda pemikiran bawah sedar anda hanya akan 
mematuhi arahanya supaya anda hanya cari jalan untuk membuktikan anda 
memang lemah.Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran anda katakan "Aku 
hargai, hormat dan sayangi diri aku" dengan penuh perasaan dan 
ulang-ulangkan sehingga penyataan anda benar-benar jujur pada diri anda
2. Kemas dan rapikan penamapilan anda mengikut situasi di mana anda berada dan anda selesa dengan penampilan anda.
Kebersihan, gaya fesyen yang sesuai dapat memberikan pengaruh kepada
 emosi anda dan emosi orang lain tentang siapa dan bagaimana anda akan 
dilayan oleh orang lain di peresekitaran anda. Jadi mulakan transformasi
 penampilan diri anda. Dari segi berat badan pun anda boleh kurangkan 
ikut kesesuaian ketinggian anda supaya nampak bergaya.
3. 
Pelihara kesihatan mental dan  fizikal supaya anda nampak sihat dan 
anggun. Sihat dalaman dan sihat luaran banyak mempengaruhi cara anda 
berfikir dan kemampuan anda terhadap betapa anda memang benar2 sayang 
pada diri anda. 
4. Senyuman adalah sesuatu yang istimewa dimana 
akan meningkatkan keyalinan anda . Dengan senyuman anda akan dapat 
menghubungi orang lain dari segi perasaan yang baik pada diri anda. 
Senyuman bermakna saya suka anda dan anda pasti akan sukai saya. Orang 
lain akan tunduk dengan senyuman yang ikhlas dari anda. Kemesraan akan 
terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah senyumannya.
5.
 Posture atau posisi setiap anggota tubuh badan anda perlu ditunjukkan 
dengan penampilan yang saya sukai diri saya. Berdirilah dengan tegak dan 
santai. naikkan sedikit dada anda. tegakkan bahu anda, angkatkan 
sedikit kepala anda. Bila anda berjalan lajukan 25% daripada biasa. 
Tunjukkan keyakinan cara anda berjalan , berdiri, duduk,  bahawa anda 
nyatakan diri anda "aku orang penting dan amat berharga. Allah jadikan 
aku seorang khalifah yang hebat. Inilah diri aku..." tetapi bukan  kaedah 
cara orang yang sombong.
6. Ambil maruah anda. Jangan merasakan 
anda begitu terpencil apabila anda berada di sesuatu tempat. Rasakan 
kawasan anda itu seolah-olah anda menguasainya.
7. Tumpukan 
perhatian pada orang di persekitran anda . Lihat segala kebaikan yang 
mereka ada dan hargai , ucapkan pujian yang sepatutnya. Dengan cara ini
 orang lain akan menyenangi kehadiran anda. Anda diterima dengan 
sebaiknya. Biasanya anda hanya menumpukan kelemahan dan kekurangan pada 
diri anda ini akan menyebabkan anda rasa rendah diri yang membawa kepada
 kurang berkeyakinan.
8. JIka berada di majlis orang ramai pastikan 
anda duduk dibahagian hadapan. Biasakan diri bagi meningkatkan 
keyakinan anda . Buangkan rasa takut kerana orang penting akan berada di 
barisan yang palig hadapan.
9. Suarakan dengan yakin apa sahaja 
pendapat anda. Anda berhak untuk menampilkan diri anda. TIdak perlu 
untuk bertanding dengan orang lain  hanya tampilkan keistimewaan anda.
10.
 Untuk menuju kesempurnaan bersedia untuk menerima kesilapan yang anda 
bakal lakukan. Anda bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi anda 
sanggup sedia kerana tiada manusia yang boleh jadi terus sempurna. Ianya
 seperti pokok yang tumbuh dari biji benih. Katakan aku akan buat lebih 
baik lagi. Pengalaman yang anda terima berulang kali akan memantapkan 
lagi keyakinan diri anda pada sesuatu perkara yang anda lakukan.
11. Bercakap
 dengan mengekal hubungan mata menunjukan anda hormat pada orang yang 
anda sedang bercakap. Hubungan mata menujukkan anda adalah orang yang 
yakin benar terhadap tingkahlaku anda. Peringatan : bila berurusan
 dengan individu yang berlainan gender, pandangan mata mesti dikawal 
supaya tidak timbul sebarang fitnah....
12. JIkia anda belum yakin
 lakukan lakonan anda memang yakin. Lakonan akan 
menjadikan diri anda yang sebenar kerana apa yang minda percaya itulah 
yang akan diikuti oleh tindakan fizikal tubuh badan dan percakapan diri 
anda.
13. Anggap diri anda penting dan siapa sahaja yang berada 
di sisi anda juga adalah penting. Sayangi orang di sekitar anda 
nescaya anda akan disayangi. Ingat berniatlah ingin membantu orang lain 
nescaya anda akan dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Hanya orang 
yang yakin adalah orang yang bersedia menghulurkan  bantuan kepada orang
 lain seperti yang ditunjukkan oleh  Nabi Muhammad s.a.w
Sumber : mindataqwa 
 

 
