Wednesday, April 25, 2012

Hadiah Istimewa

Orang kata rezeki terpijak ... tak sia-sia menghadiri satu majlis mesyuarat baru-baru ini, walaupun agak kebosanan dan dilanda kemengantukkan yang amat sangat.. tapi demi menghormati majlis mesyuarat   gagahkan  juga diri ini setia duduk di kerusi menunggu hingga majlis selesai.., dan agenda terakhir..adalah cabutan nombor bertuah..., Alhamdulillah penantian ini  berbaloi, tak sangka pula apabila nama yang tak  glamer nie disebut untuk menerima hadiah cabutan bertuah...,:)

Inilah hadiahnya sebuah buku yang bertajuk WANITA ISTIMEWA...ditulis oleh Dr Karim El-Shazly, buku yang sarat dengan huraian tentang sifat wanita   berinisiatif dan  beremosi.,Saya tertarik dengan salah satu petikan daripada buku ini..,"Wanita yang berinisiatif adalah wanita yang hidup dengan kepercayaan, kemudahan, dan bersikap positif. Dia tidak mudah menyalahkan keadaan sekeliling dan tidak membiarkan kegagalannya tanpa usaha memperbaiki" Juga diselitkan nama beberapa tokoh wanita abad ini yang memiliki ciri2 INISIATIF untuk  dikongsi bersama semangat mereka serta boleh dijadikan sebagai MOTIVASI  untuk diri sendiri.

Antara lain, persoalan kurang kepercayaan kepada diri sendiri, selalu rasa rendah diri...yang mana golongan ini sering membandingkan diri mereka dengan kelebihan yang ada pada orang lain, tanpa disedari mereka sebenarnya sedang membinasakan jiwa mereka, memperkecil-kecilkan bakat atau potensi yang  ada dalam diri mereka..Aduhh..! seakan  terkena batang hidung sendiri..,kerana sebenarnya   tergolong dalam kategori ini juga nampaknya..., Subhanallah.., Allah uji  kesabaran dengan  menghadiri mesyuarat yang membosankan itu rupanya ada hikmahnya,  Allah takdirkan diri ini menerima  hadiah sebuah buku yang mengandungi jawapan demi jawapan  untuk persoalan  jiwa  selama ini....,

Buku ini sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan, dengan gaya bahasa yang menarik dan input/sumber daripada Al-Quran, Sunnah serta kata-kata hikmah dari para sahabat dan juga dari sumber ilmuan2 yang lain, maka  selayaknyalah buku ini  patut berada didalam rumah anda....:)

Wednesday, April 18, 2012

Muhasabah Jiwaku


Terrmenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.

Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.

Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.

Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.

Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.
sumber

Friday, April 13, 2012

Kelebihan Solat Berjemaah

 Sabda Rasulullah saw: “Aku ingin menyuruh budak-budak mengumpul kayu api banyak-banyak untukku, dan kemudian aku hendak pergi dari rumah ke rumah orang-orang yang (sengaja) solat di rumah masing-masing tanpa sesuatu uzur, lalu MEMBAKARNYA.”
(Muslim)
Betapa bersungguh-sungguhnya  Baginda saw dalam soal solat berjemaah ini.  Sabda Nabi diatas sekadar untuk menunjukkan  BERATNYA TUNTUTAN solat fardhu berjemaah itu kepada umat Islam beserta dengan ganjaran pahala yang cukup besar Allah telah sediakan kepada hambaNya yang ikhlas dan istiqamah dalam menunaikan solat berjemaah.
 Solat berjemaah adalah 27 KALI LEBIH BAIK daripada solat secara bersendirian.”
(Bukhari, Muslim dll)
Solat fardu berjemaah bagi LELAKI dan sangat dituntut adalah 27 kali  lebih baik daripada solat bersendirian dirumah. Andaikata pahala itu diumpamakan sebagai wang ringgit,  cuba bandingkan bagi sesiapa yang solat fardhu sendirian  dirumah, dia hanya mendapat  RM1 pada setiap waktu,  sehari semalam baru dapat RM5,.. dan sesiapa yang solat fardhu berjemaah di masjid dan surau pula akan mendapat RM 27 untuk setiap satu waktu. Dalam sehari semalam dapat RM 135. Hah..! .yang mana lebih menguntungkan. Alamatnya berduyun-duyunlah orang akan pergi  ke masjid dan surau, siapa pun tak nak terlepas peluang merebut wang ganjaran yang cukup lumayan itu. Bukan itu saja.....
  “Apabila seseorang itu berwudhuk dengan sempurna ( di tempatnya/ rumahnya) dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka SETIAP LANGKAHNYA MENDAPAT PAHALA dan MENGHAPUSKAN DOSA.”
(Bukhari)
Setiap langkah kita ke masjid akan dibayar RM1..ditambah lagi dengan BONUS iaitu dosa dihapuskan,  kalau 100 langkah...macamana..?? Subhanaullah...walopun org sekarang ramai yang datang ke rumah Allah naik basikal, motosikal, atau kereta, tak perlulah dipertikaikan bagaimanakah kaedah pengiraan pahala tersebut dibuat. Itu urusan Allah swt, biarlah DIA yang menentukannya....Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Tolong ambil PERHATIAN....
 “Seandainya seorang (lelaki) itu tidak pergi ke masjid padahal dia mendengar azan tanpa uzur syar’i yang kuat, maka solatnya ( di rumah) TIDAK AKAN DITERIMA.”
(Abdu Daud & Ibnu Majah)
 Ada seorang buta datang mendapatkan Nabi S.A.W, katanya: “Ya Rasulullah, saya tidak mempunyai penuntun yang akan membimbing saya ke masjid.” Lalu dipohonnya kelonggaran untuk bersembahyang di rumah sahaja. Permintaannya itu dikabulkan oleh Nabi. Tapi baru sahaja ia pergi, tiba-tiba dia dipanggil kembali oleh nabi yang menanyakan: “Apakah engkau dengar panggilan azan?” Jawabnya: “Ya.” Maka sabda baginda: “Kalau begitu, datanglah!”
(Muslim)

Maksudnya si buta ini pun tak terkecuali  selagi AZAN masih boleh didengari,  dia kena juga datang. Bagaimana pula dengan kita yang celik ni? Mata yang Allah kurniakan kita persia-siakan, buat tak nampak je masjid yang trsergam indah didepan mata.., bila azan berkumandang kita sengaja PEKAKKAN  telinga ...lebih parah kita sanggup beri 1001 alasan kerana MALAS dan terasa berat sangat  kaki hendak melangkah  solat berjemaah dimasjid atau surau..,terutamanya ISYAK dan SUBUH, padahal  ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya,

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
 Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat Shubuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak (HR Bukhari dan Muslim)
Berbeza pula dengan kaum wanita,  mereka  tidak perlu ke masjid kecuali untuk menuntut ilmu. Afdhal bagi mereka sembahyang di rumah dan pahalanya sama seperti lelaki yang sembahyang di masjid. Lebih afhal bagi perempuan sembahyang di dalam bilik yang sepi dan tersembunyi seperti sabda Rasulullah s.a.w. ;-
  “Seorang wanita bersolat di dalam rumahnya lebih baik dari dia bersolat di halamannya, dan solat di dalam bilik kecil lebih baik dari bersolat dirumahnya” [Hadith Riwayat Abu Daud]
Malahan bagi perempuan yang sudah berkahwin, jika suaminya pergi ke masjid untuk solat berjemaah, dia juga dapat separuh daripada pahala suaminya...Allahuakbar..,
Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah memberitahu melalui hadisnya yang bermaksud: 
“Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah). Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran di dunia. Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksa kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya. Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar dan kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.”
Maka rugilah bagi mereka yang mempunyai kesempatan dan kelapangan tetapi tidak berbuat demikian. Oleh kerana pahala dan ganjaran Allah tidak nampak, kita pun meringan-ringankan sembahyang berjemaah ini.

Oleh itu bersegeralah ke surau dan masjid menunaikan sembahyang fardu berjemaah setiap waktu. Tak payah tunggu Jumaat dan Aidilfitri atau di malam tertentu Ramadan baru nak  ke surau dan masjid untuk sembahyang berjemaah. Jangan biarkan kita dilalaikan oleh aktiviti duniawi yang merugikan hidup di dunia dan akhirat.




Thursday, April 12, 2012

Gempa Bumi Di Acheh, Sumatera.

Semalam 11 April 2012, sekali lagi Acheh Sumatera dilanda gempabumi berukuran 8.7 skala Ricther....Malaysia juga turut merasai gegarannya terutamanya di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung, Pulau Pinang, Perlis dan Perak. hingga amaran tsunami terpaksa dikeluarkan.


Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Tsunami yang sangat  ditakuti tidak berlaku, mungkin kali ini Dia bagi PELUANG  untuk kita,  mungkin lain kali tidak..! Allahuakbar...Dia cuma 'kuis' sikit saja alam bumi kita.., impaknya amat dahsyat dan menggemparkan..,

Wednesday, April 4, 2012

Tenang Seorang Doktor


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Sumber

Kiasan Dunia

Contoh yang diberikan oleh Imam Ghazali Rahimullah tentang Dunia...

tentang seorang lelaki yang berjalan melalui hutan, dia sedang berjalan, dia melihat ada seekor SINGA mengejar dia dan dia berlari ke perigi dan dia melompat ke dalam perigi itu lalu dia yang jatuh, dia sempat untuk memegang pada tali. dan dia menarik nafas lega dan memandang ke atas dia melihat singa yang masih berlegar di atasn
ya, menunggu dia dan dia melihat ke bawah lalu di bawahnya terdapat seekor ULAR besar dengan mulutnya terbuka menunggu dia jatuh.

dia hanya bergantung kepada tali dan dalam masa yang sama dia melihat TIKUS HITAM dan satu TIKUS PUTIH sedang mengigit TALI tersebut. di atas adalah singa, di bawahnya adalah ular dan bergantung hanya dia adalah tali...

kemudian dia melihat terdapat MADU di situ lau meletak jari ke dalam madu dan dia meletakkan jarinya yang mempunyai madu ke dalam mulutnya. Di sebabkan kemanisan madu itu membuatkan dia lupa singa, ular dan malahan lupa akan dua ekor tikus...

Imam Ghazali Rahimullah berkata ;

~ Singa itu adalah kematian yang selalu mengejar kamu ...
~Ular itu adalah kubur anda, di mana setiap orang akan jatuh ke dalamya dan jika dia seorang yang    baik ia akan mendapat sebuah taman daripada syurga dan jika dia orang jahat ia akan mendapat satu lubang dari 'neraka' Jahannam
~Tali merupakan umur hidupnya...
~Tikus hitam menandakan malam...
~Tikus putih menandakan hari...
~Madu adalah dunia yang di mana seseorang itu rasa kemanisan dunia sehinggakan dia lupa kematian, dia lupa kubur, dia lupa hari akan datang dia akan mati dan dia akan berdiri di hadapan pencipta...

Sumber 

Tuesday, April 3, 2012

9 Jenis Syaitan


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Monday, April 2, 2012

Seksa Meninggalkan Solat..

DIMANA-MANA SAJA. tiada alasan untuk meninggalkan  solat...

Satu lagi DELIMA. yg sedang aku hadapi sekarang.., Ada segelintir  orang yang rapat dgn ku, masih belum aku  lihat kelibat mereka BERSOLAT dgn ertikata yg sebenarnya..,

Sedangkan dalam sebuah hadis, riwayat imam Ahmad bin Hambali, dinyatakan bahawa Nabi s.a.w. ada bersabda: Barang siapa memelihara sembahyang, maka baginya cahaya dan tanda keimanannya juga kejayaan pada hari kiamat kelak, dan barang siapa tidak memeliharanya, tidak ada cahaya juga tanda keimanan, juga kejayaan pada hari kiamat kelak. Ketika itu, mereka akan diletakkan bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
“Sembahyang itu tiang agama. Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya”
6 SEKSAAN DI DUNIA
  • Allah mengurangkan berkat umurya
  • Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
  • Allah meghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
  • Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam islam
  • Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
  • Allah tidak menerima doanya
3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
  • Mati dalam keadaan hina
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
  • Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya
3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sempit-sempitnya
  • Allah akan mengelapkan kuburnya
  • Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat
3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
  • Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
  • Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahnyang akan diazab di dalam neraka dengan azab yang pedih lagi keras
"Tak ke mereka gerun dengan senarai-senarai diatas" ? 
kisah wanita