Sunday, December 18, 2011

Merawat Hati ....

Tanda2 hati yang sakit
1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati
a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Thursday, October 13, 2011

HALWA MINDA

TOLONGGGGG...!!!!



Eeehh...!! dimana aku ni..?
mengapa aku disini...?
tempat apa ni...?
Ya Allah....tak mungkin...arrahhhhh...tolong....
dibelakang ku, sang naga sedang mengintai..
tidak sabar menunggu saat..,
menyemburkan api yang menjulang-julang..
membakar aku hangus menjadi abu..,

aduhh..dibawah tapak kaki ku ..duri mencucuk..
di segenap inci kulit ku yang mulus
tanah yang ku pijak panas seperti bara
baju yang ku pakai busuk, hanyir, penuh darah dan nanah
eeeuuuwwww....!!!

rambut ku kusut masai
kulit ku hitam legam, berkudis dan bernanah
badan ku busuk,..arrrhhhhh....apa semua nieh..,
tiba-tiba...terdengar suara yang sangat menggerunkan ..,
"kau banyak dosa..,kau banyak dosa...,"
katanya lagi..,"aku datang hanya untuk menghukum kau...
kau banyak buat maksiat, kau tidak menjaga mata dan tangan kau,..
hati kau penuh dendam,riak, berbangga diri, sombong...,
mari sini...mari sini...."suara itu bertempik lagi...
ooohhhhhh...tidak, kemana aku hendak lari...
tolong aku....tolong...tolong aku........

aku lari sekuat hati..,tapi...
suara itu tetap mengejarku..gemanya ada dimana-mana...
hahahahahahhaha...hilainya seperti mengejek-ejek...
"diam..!!.diam..!!" aku juga menjerit sama...,
aku terduduk sambil menangis...
"kau siapa..? rintihku...
hahahahhahaha...."kau tanya siapa aku"..? lagi sekali aku diperli...cisss..
aku adalah hatimu yang kotor..,
aku adalah hatimu yang takkan mampu kau bohongi..
setiap kesalahan, kemaksiatan dan kejahatan yang kau lakukan...
kau boleh sembunyikan dari pandangan orang lain...
tetapi tidak kepada aku....hahahahahha....
diam...diam...diam...!!!.

dalam kekalutan yang amat dahsyat itu
tiba-tiba.., datang lagi satu suara yang entah dari mana....
suara yang sungguh mendamaikan....
jelas menusuk ke dalam kalbu...langkahku mati seketika...
yaaa,...suara ini yang kucari-cari selama ini...
katanya..,"pulanglah sayang..,pulanglah, carilah dirimu yang hilang itu"
kembalilah kepada fitrah...
dia sebenarnya ada disisi mu,
hanya kerana dosa yang menghitam didalam hati mu
lantas menjadi tembok pemisah antara kau dan dia...."
terasa hiba dan sayu mendengar suara itu...
"tolong aku wahai suara"...aku merayu dalam sendu...
keluarkan aku dari sini...jangan tinggalkan aku...
aku sendirian,...aku keseorangan..,aku kesepian...
aku bingung....alam apakah ini...??

ohhh tidakkkk....
sang naga itu sedang ligat mengejar aku dari belakang..
suara keras itu juga silih berganti mengancam aku
aku terus berlari dan berlari tanpa arah tuju
aku ketakutan..,yang amat sangat...,

kepenatan dan kehausan melemahkan langkahku...
aku tersungkur...tersembam arrhhh....sakitnyaaa...
duri ada dimana-mana...peritnya hanya Allah saja yang tahu...
Ya Allah....apa harus aku buat...
sepantas angin taufan
suara keramat itu datang lagi menerjah kecuping telingaku...
teruskan berlari sayang....lihat cahaya putih dihadapanmu..
ikutlah cahaya itu insyaAllah
nanti kau akan bertemu dengan dirimu...
jangan berhenti...sayang, jangan putus asa..
bersabarlah dengan ujian ini....
ingatlah tiada siapa yang dapat menolongmu
kecuali ALLAH SWT...

begitulah aku sentiasa dalam pelarian....,
bukan pelarian tanpa izin PATI...
aku tidak tahu untung nasib ku dipenghujung jalan
aku cuma berharap dan berdoa...mudah-mudahan....
aku sampai kegarisan penamat
walaupun terpaksa merangkak...
walaupun bukan bergelar juara..
setidak-tidaknya aku sampai ke garisan..
bukannya terhenti di pertengahan jalan....

YA ALLAH BERILAH AKU PERTOLONGAN...KASIHANILAH AKU...

by..hamba yang berdosa

Thursday, October 6, 2011

Malaikat Kecil

"Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota dan menyebarkan risalah bertajuk "jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
"Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!"
Credit to : Gadis Misteri

Friday, September 30, 2011

Apabila Al Quran Mula Bersuara..,


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu Aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.


Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.


Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatKu.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama


Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaKu kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariKu.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaKu
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaKu menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t


Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah Aku kembali.. .. bacalah Aku kembali setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Tuesday, May 17, 2011

Memori Terindah Mukhayyam Akhwat IKRAM 2011 13-15/5/11

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah SWT....akhirnya aku berjaya juga mengikuti keseluruhan program perkhemahan akhwat IKRAM tanpa sebarang masaalah, ini bermakna doaku dikabulkan Allah SWT kerana sebagai pengidap Hypertension dan sejak akhir2 nie aku sellu je 'pusing mata', aku risau gak kot dibuatnye aku pitam ke ape..,menyusahkan org jer nnti..,adehhh....,

Program bermula pd hr Jumaat 13hb/5, pendaftaran di kompleks IKRAM Johor, lepas solat isyak berjemaah aktiviti diisi dengan tazkirah bertajuk Al-Haq yg dismpikan oleh ustzh Nabilah, kemudian ada taklimat tentang mukhayyam dan pd malam tu kami tidur di situ jugaa..,

keesokan harinya Sabtu 14hb/5 barulah kami diberi tahu lokasi perkhemahan dan Trekking.., nak suprise ler kononnyer..hehehe..ingatkan jauh rupa2nyer kt UTM...wat suspen jerr...dengan berbekalkn duit RM2 sahaja dan I/C...kami mulakn xpdc..,RM2...panik gak nak beli ape.dgn duit sebyk tue? aku amik keputusan bli air mineral n meehoon jer...kang kebulur plak.., coz kena jln jauh nie...huhu..

Bermula di checkpoint pertama Klinik UTM...kami dikehendaki menjawab soklan, dah selesai bru boleh ke checkpoint seterusnya, Kami smpi di Masjid UTM checkpoint kedua..,kena solat Dhuha dulu...alhamdulillah segar semula bila berwuduk dgn air yg dingin kt sini. hilang kejap rasa penat dan kepanasan sepnjg perjalanan tadi...,

Seterusnya ke checkpoint ke tiga, trekking kt UTM nie mencabar bg aku, sbb jlnnya agak berbukit.., memang mengah dibuatnyer.....udah ler tu smpi kt satu wakaf..aku pon dah lupe nme tmpt tu..dlm keadaan trcungap2 kami kena nynyi plak...alahai...mujur nyanyi lagu rasmi IKRAM, klu kena nyanyi lagu CT NURHALIJA...mau kelaut,,kedasar laut...ke angkasa lepas pitching masing2...hahaha....

Stesen berikutnya..., Balai Cerapan checkpoint keempat, utk smpi ke sini aku betul2 penat dan hmpir surrender, mata ni pon dh berpinor2 bak kata org johor...ishhh...kalo ler aku tumbang kt jln camne...tp aku kuatkn juga kaki ni mendaki..,klu org yg lbih tua dr aku pon boleh naik x kan aku x boleh....cewahh semangat aku tetibe jer berkobar2...time tue...huhu..Btw thanks kt Zie..ketua kump kami..,die snggup tunggu aku naik perlahan2 sdangkan geng2 aku yg lain dh lama tunggu kt atas..,

Kami bertaaruf seketika dan amik pluang rehat smbil menikmati pemandangan yg indah disini..,lepas tu turun semula ke checkpoint kelima (terakhir) di tapak perkhemahan hutan rekreasi dan taman herba UTM, selpas makan tnghari solat n rehat, aktiviti belah petng, kami dikehendaki memasang khemah..trus terang, aku sebenornyer x penah psang khemah...wahh..susah gak, mujur kwn lain beri tunjuk ajar, acara seterusnya menyembelih ayam....pas tu kena masak sendiri dgn menggunakn kayu api..alamak...camne nie...hah..itulah namanya masak survival...setiap ahli kump mesti berperanan, yg lain cari kayu api, ade yg kena sembelih ayam, aku dan 2 org kwn lgi kena masak ayam ,..kekalor jugak... jenuh nak hidupkan api tue...al-maklum..lerr kannnn..hehehe...mula2 kmi jerang nasi, pas tu ayam kami rebus bersma bwang merah, bwg putih n garam....ermmmm..tu jer yg ade....:p tp memang sedap,itulah berkat masak dlm kepayahan n berkerjasama..berselera kami sume makan petang tue...



Malam kemuncak kami kena buat persembahan, petang tu kami dah dimaklumkn dlu tntng hal nie n kami disuruh prepare trpulang pd kreativiti kumpulan utk persembahan malam nnti..meriah sungguh malam tu..ade yg buat sketsa, sajak, nasyhid,dikir barat dan kump kami...jeng3...hehe...kami buat lain dr yg lain, buat pesembahan nyanyian smbil menari n rap sekali...hahaha...aku ikut jer...dorg yg planning nak perform camtu....walopun aku malu nak beraksi didepan khalayak...tapi...demi kump aku pasrah...huk3....

Selesai majlis kami bersurai dan balik ke khemah masing2....selain tu kami diberi tugasan berkawal secara bergilir2,...kumpulan aku dan BJB-5 kena berkawal dlm jam 3.00pg-3.30pg...satu pengalaman baru utk aku...huhu...

Ahad 15/5.. selepas sarapan...acara terakhir game, yeahh...seronoknyer...mcm budak2 plak aku nie...bak kata pepatah sepakat membawa berkat...ape saja halangan yg fasilitator berikan kepd kami..semuanya kami dpt atasi dgn jayanya....

Inilah salah satu permainan yg menguji minda n fizikal kami....sesuai dgn tema mukhayyam "Ukhwah Teras Kegemilangan" rasanya tnpa kerjasama n persefahaman..yg dipupuk tidak mengira batas usia....kami x akan mampu mengharungi setiap halangan....aktiviti kami berakhir lebih kurang dlm 1.00ptg, acara penutup dirasmikan oleh ketua wanita ikram johor Hjh Mahayati Ibrahim dan jutaan terimakasih/jzkk kepada kesemua fasilitator yg telah menjayakan program Mukhayyam tahun ini...'Tahniah kepada Anda semua',



Monday, May 9, 2011

GURU.....



Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Tuesday, January 11, 2011

Gua tanpa penghujung di Vietnam


SATU ekspedisi pasukan pengkaji gua warga Britain percaya mereka menjumpai laluan gua terbesar di dunia berada di tengah-tengah hutan belantara di Vietnam.
Laluan berbatu itu sepanjang 150 meter dan berketinggian 200 meter — tujuh kali tinggi siling kekubah gereja besar di York.
Laluan yang dikenali sebagai Gua Hang Son Doong (Gua Gunung Sungai) itu dipercayai mempunyai saiz hampir dua kali ganda gua paling besar yang tersenarai dalam rekod dunia masa kini.
“Gua itu antara penemuan terbesar pasukan pengkaji gua dari Britain dan saiznya benar-benar mengagumkan,” kata seorang anggota ekspedisi yang disertai 13 pengkaji gua itu, Adam Spillane.
Dengan menggunakan alat pengukur yang dikenali sebagai LaserRace 300 untuk mengukur tinggi dan lebar gua itu, pasukan terbabit kini kembali ke United Kingdom untuk melakukan analisis.
Gua itu asalnya ditemui seorang lelaki rakyat Vietnam, Ho Khanh yang menghuni kawasan hutan berkenaan pada 1991. Bagaimanapun, Spillane berkata, tiada seorang pun pernah memasukinya kerana ia diselubungi bunyi bising dan deruan angin yang sungguh menakutkan, dipercayai berpunca daripada sungai bawah tanah dalam gua itu.


Namun, pasukan pengkaji Britain itu yang dibantu wakil dari Universiti Sains Hanoi menjalankan satu Ekspedisi Kembara Britain-Vietnam pada April 2009 dan mereka menghabiskan lima hari menjelajahi gua itu yang terletak di Taman Negara Phong Nha-Ke Bang.
Pasukan itu menghabiskan enam jam merentasi hutan belantara untuk sampai ke gua berkenaan.

Mereka terpaksa mendaki turun ke satu kawah yang luas dan menyeberangi dua sungai bawah tanah sebelum sampai ke laluan masuk utama Gua Hang Son Doong.
Pasukan itu dijangka kembali lagi ke Vietnam untuk menyelesaikan ekspedisi dan penyelidikan lengkap mengenai gua itu.

“Gua itu sepanjang 6.5 kilometer tetapi penghujung laluan utamanya masih bersambung dengan tembok batu kapur setinggi 45 meter dan ia menghalang pengembaraan kami untuk masuk lebih jauh.
“Lebih banyak kajian perlu dilakukan dalam ekspedisi seterusnya bagi membuat penyelidikan lengkap mengenai Gua Hang Son Doong, di samping mendapatkan fotografi penuh di dalamnya.
“Ia benar-benar satu pencapaian terbaik masa kini untuk menemukan dan menjelajahi gua yang cukup hebat,” kata Spillane.
info : Harian Metro