Sunday, January 24, 2010

FREE OF CHARGE..?!!!.

 Seorang anak mendapatkan ibunya yang
sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya.

Kos upah
membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.


2) Tolong jaga adik : RM4.


3) Tolong buang sampah : RM1.


4) Tolong kemas bilik : RM2.


5) Tolong siram bunga : RM3.


6) Tolong sapu sampah : RM3.


Jumlah : RM17.


Selesai membaca, si ibu tersenyum
memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya.

Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian- percuma
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah
membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu.

Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya
dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan
menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.