Monday, November 29, 2010

KISAH ANAK DERHAKA...!!


" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan.

Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

WaALLAHu'alam. .

credit to ct abd

Saturday, September 18, 2010

Aku Seorang Perempuan


Aku adalah orang yang dimuliakan dengan pangkat IBU
Dia menjadikan hatiku tempat orang lain menagih cinta dan rindu.

Aku adalah orang yang Rasulullah s.a.w. berpesan kepada umatnya agar berlemah lembut denganku.

Aku juga digambarkannya dengan gambaran yang indah dan syahdu
Tidak kira sama ada aku
seorang gadis
seorang isteri
seorang janda
atau seorang balu…
aku tetap seorang perempuan!

Perkahwinan tidak menambahkan kemuliaanku
Perceraian tidak mengurangkan keperempuananku
Menjadi andartu tidak menyebabkan aku menjadi malu!

Aku adalah seorang perempuan
Di dalam diriku lautan kemesraan dan mimpi sebesar gergasi
Ada cinta dan kelembutannya
Ada kasih dan romantisnya
Di wajahku nan ayu
Ada segunung sabar dan benteng keluli.

Aku seorang perempuan
Aku bisa menangis andai kulitku yang lembut ditusuk duri yang kecil
Namun aku bisa berdiri teguh menghadapi ribut taufan yang melanda hatiku yang lemah.

Aku seorang perempuan
Gembiranya aku memperoleh cinta seperti gembiranya si kecil mendapat mainan baru yang comel.

Di kala serius aku laksana 100 orang lelaki
Di kala bermain aku lembut dan manja.

Aku seorang perempuan
Aku bukan tawanan atau tebusan di tangan lelaki yang ingin menghancurkan.
Sekiranya dia menghendaki aku sebagai kawan
Aku menjadi penunjuk jalan
Aku menjadi penenang dan tempat dia berlabuh pulang
Aku selimuti dia dengan cinta yang melimpah laksana sungai.

Aku seorang perempuan
Adakah engkau tau siapa aku
wahai lelaki terhormat,
wahai suami tersayang?

Thursday, September 16, 2010

CERITA RAYA

Assalamualaikum....

Baru aku ade masa nak update blog nie...maklum ler..sibuk beraya...erkk?? btol ker aku sibuk beraya...hehehe..tu pon dah tengah malam baru dpt guna komputer...kalo x asyik anak2 aku jer yg conquer...ermmmm...

untuk sekian kalinya aku beraya lagi di kampung suami...apa nak buat hajat hati nak balik kmpg sendiri...masih x kesampaian ada jer halangannya...xpe arr mebe ada hikmahnya...sabo...sabo...lagi pon anak2 aku dah dekat nak exam...terpaksalah berkorban sikit walopun hati ni meronta2 nak balik kampung...smbut raya dgn mak/bapak + adik bradik yg lain...

lagi pon adik aku zura dan anak sedara aku epik...x balik bcoz cuti raye yg diberi pendek sgt...so dorg berdua beraya ngn aku je..kat sini...sabtu nie balik le dorg brdua ke kolej..gitu gak anak bujang aku...

suasana raye tahun ni sama jer ngn thun sebelumnya...sejak mak mertua aku meninggal dunia aku mcm dah malas nak balik...ntah lah...klu balik pon bcoz nak ziarah biras n kakak ipar aku ...aku masih trkenang masa arwah mak mertua aku masih ada..meriah sungguh umah pusaka tu ngn kehadiran anak cucu..esp bila time raya...tp skrg suasananya sungguh jauh berbeza.., rumah tu dah makin suram n sepi..cuma abang ipar aku laa yg selalu datang jenguk....

raya tahun nie kak nah minta tolong masak utk juadah 1 syawal...bcoz kak nah x brpa sihat kesian gak aku tengok dia... anak2 dia plak masing2 balik kampung belah mertua...so aku masak lerr lebih skit...bab masak no hal...boleh jer...hehe...biras aku seorg ni 'happy go lucky' orgnya...walopun dia sakit...dia cuba sedaya upaya ceriakan org disekililngnya....tu pasal aku suka kawan ngn kak nah... biras n kakak ipar yg lain pon best gak sumenya baik hati.... tinggal lagi kak nah mmg satu kepala ngn aku..hehe...sejak aku hadir dlm keluarga ni dia lah org yg paling rapat ngn aku...huhuhu...

satu perkara lagi...,aku rasa terkilan gak...., masuk raya kedua thun nie baru aku dapat call mak...mana tidaknya...sejak malam raya aku call..xdpt2...tu pon guna no tel adik kt sana baru dpt bercakap ngn mak...hati aku sedih bercampur gembira dngr suara keramat mak...lega rasanya...dpt berbual dan mintak ampun - maaf ngn dia...insyaAllah mak klu diizinkn Allah swt...tahun depan anakanda akan balik beraya di sana pula....Ya Allah perkenankanlah...hajat hambaMu ini...aminnnnn.....



Thursday, September 2, 2010

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM...KEPADA KELUARGAKU KHASNYA MAK & BAPAK...AMPUN DAN MAAF DIPINTA KIRANYA ADA TERKASAR BAHASA, MENYINGGUNG PERASAAN DAN MAAFKAN ANAKANDA...KEKADANG SIBUK DGN URUSAN ANAK2 SMPAI TERLUPA TELEPON...UNTUK BERTANYA KHABAR...HALALKAN LAH SEGALA MAKAN MINUM ANAKANDA...

KEPADA PENGUNJUNG YANG SUDI DATANG KE BLOG INI...SALAM AIDILFITRI SAYA UCAPKAN...KLU ADE POST SAYA YANG TIDAK MENEPATI CITARASA ANDA SEMUA SAYA MOHON MAAF YER...

KEPADA SUAMI TRSAYANG...EN 'M'..HEHEHE...MAAFKANLAH ATAS SEGALA KETELANJURAN KATA2 DAN TINGKAHLAKU SAYA YG MEMBUATKAN HATI ABANG TERGURIS...,KEPADA ANAK2KU YANG DIKASIHI...MAK SENTIASA MAAFKAN SEGALA KESALAHAN ANAKANDA....INSYAALLAH...,YA..ALLAH JADIKANLAH SEMUA AHLI KELUARGAKU INSAN YANG SOLEH...AMINN...

Saturday, August 28, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53

Photobucket




Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53...dgn tema tahun ini...1 Malaysia Menjana Transformasi....

bunyinya macam canggih...tapi mampukah rakyat kita melaksanakan motto ini..cewahh cam hebat plak aku ni...hiks....emmmmm..sama2 laa kita renungkan yek...

rasannya nie tahun ke dua Hari Kemerdekaa jatuh dalam bulan Ramadhan...bagus gak kann...xde laa lagi sambutan Hari Kemerdekaan...yg bukan2...dah muak rasanya tarikh bersejarah ni disambut dgn hiburan disana-sini...buat menyuburkan maksiat..jer...!!!


Monday, August 16, 2010

KEJADIAN RIBUT DI BAZAAR RAMADHAN JASIN, MELAKA



Credit to: Sleyer85

Kejadian ribut yang berlaku di sebuah bazaar ramadhan pd 3 Ramadhan baru2 ini sehingga meragut tiga nyawa sungguh mengejutkan..kata org. 'malang tidak berbau'...begitu hebat kuasa Allah...xde sape yg mampu menghalangnya...apa yg berlaku mesti ada hikmah dan sebab musababnya..waullahuak'lam...salam takziah kpd keluarga mangsa yg trkorban...semoga roh mereka ditempatkn bersma2 org yg briman...amin....

Al-Fatihah..........


Thursday, August 12, 2010

FADHILAT BULAN RAMADHAN DAN SOLAT TARAWIH



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam PertamaDiampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar

Sunday, August 8, 2010

Ahlan wa sahlan ya Ramadan...!!

Assalamualaikum.....

Marhaban ya Ramadhan,

Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

InsyaAllah...rabu depan 11hb Ogos 2010...umat islam di seluruh dunia mula mengerjakn ibadah puasa...seperti yg kita sume tau, bulan Ramadhan merupakan bulan yang dipenuhi dengan rahmat dan barakah dari Allah S.W.T.

Diantara peristiwa penting yg berlaku dlm bulan Ramadhan...

1. kemenangan kaum muslimin dalam perang Badar,

2. terbukanya kota Makkah,

3. bulan diturunkannya al-Quran,

4. bulan dimana berlaku malam yang disebut Lailatul Qadar; iaitu suatu malam yang ni­lainya lebih baik dari seribu bulan.

Dari Abu Hurairah R.A, “Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah S.W.T telah mewajibkan kepadamu berpuasa pada bulan tersebut. Pada bulan tersebut akan dibukakan pintu-pintu langit, dan ditutupkan pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan akan dibelenggu. Pada bulan tersebut terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Siapa yang tidak memperoleh kebajikan di malam tersebut, maka ia tidak memperoleh kebajikan apapun”. (Hadis Riwayat al-Nasa’i dan Ahmad)


selamat menyambut bulan ramadhan diucapkn kepada kepada...cik/encik 'anon'...yg sudi datang ke blog akak ,..."ape azam uolls dlm bulan ramadhan nieh"...???..huhu....

sekian, wasalam....


Thursday, June 24, 2010

PERSONALITI KELAHIRAN BULAN HIJRAH


Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Monday, March 29, 2010


pemandangan yang menakjubkan

Monday, March 8, 2010

Apa Kata Anda........


TAK PAYAH TULIS ULASAN BERJELA-JELA.. FOTO INI BOLEH MENCERITAKAN 1001 KISAH..ANTARA MANUSIA..YANG DIBERI AKAL DAN JUGA HAIWAN YANG TIDAK BERAKAL...

Thursday, February 25, 2010

SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W.


selawat ke atas nabi s.a.w.



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431Hijrah

Sunday, February 21, 2010

AJL DIPERALAT YAHUDI..

Ada apa pada AJL 24?




Blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yangada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illu minati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.


Cadangan:Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di websitewww.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tvtersebut.


1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;









piramid



Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?



Adakah ini satu kebetulan?

2)Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penariini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?




Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkantentangnya…

Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.




Ingatkah anda lady in red?

Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.






Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.







di tali gitar








ketika persembahan Jeffry din


Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?






Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya.Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telahberfikir dan terfikirapa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian,selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja.Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosakyahudi.Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...

*penambahan:
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.





Sekadar penambahan. Terima Kasih.
Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations

Al al-Bayt University, Jordan.


25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

wallahualam..

baca lanjut di
http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/
tambahan di:http://holywar-efairy.blogspot.com/

jangan mudah melatah..
FIKIR-FIKIRKANLAH
jarum yahudi begitu tajam dan ada yg mungkin x dapat terimanya...
mungkin artis2 ini diperalatkan juga..jadi kepada ibu ayah yg bercita-cita mahu anak2 jadi artis tu..fikir2kanlah..

baca lanjut di laman web tersebut supaya anda FAHAM..FAHAM dan FAHAM

semoga Allah membuka pintu hati kita yang sering dalam keadaan tidak mengetahui..aminn

Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini.Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatanbagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.

Checkered Floor!










Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya.



Mungkinbagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Flooratau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apaitu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (AhliFreemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengansyaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang,Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putihmewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.




Di Ibu Pejabat CIA




Di Lodge Freemason



Dewa Hindu sebenarnya ialah Syaitan yang menyesatkan manusia, perhatikan lantai hitam putih.



Sebelumini kami telah mendedahkan tentang perihal kumpulan Dewa 19 yang banyakkeraguan tentang siapakah mereka, bagi yang belum membacanya anda bolehKlik Sini!Dirumah vokalisnya, juga mempunyai lantai petak hitam putih ini. Silatonton video klip dari The Lucky Laki, Superman dan perhatikan diakhir-akhir video ada 'scene' Ahmad Dhani dan anaknya di rumah.






Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!





Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.


2 tiang Temple Of Solomon, Joachim and Boaz. Untuk artikel tentang Joachim and Boaz di sejadah, Klik Sini!

Friday, February 19, 2010

IBU & BAPAK KU...


INI LAH DIA MAK-BAPAK KU.., BAPAKKU HAJI JUKRANA BIN HJ JAKARIA DAN MAK (MAMAK) HAJJAH BEJURI BTE ASKAL..

DUA INSAN YANG AKU SAYANGI INI LER YANG BERSUSAH PAYAH,BERHEMPAS PULAS MEMBESARKAN KAMI 15 BERADIK...BUKAN KERJA MUDAH..AKU YANG CUMA ADA TIGA ORG ANAK NI PON HURU-HARA GAK NAK HANDLE..!

MAK-BAPAK KU TEGAS DALAM MENDIDIK..AL MAKLUM ANAK RAMAI...MEMANG MASA KAMI KECIK2, KAMI XSUKA..ESPECIALLY NYER MAK AKU..GARANG SEMACAM JE..TAPI BILA AKU DAH JADI MAK BARU AKU FAHAM, GARANG MAK BUKAN SEMBARANGAN TAPI DIA NAK MENDIDIK KAMI SUPAYA JADI "ORANG"...

TAPI DLM TEGAS KAMI TETAP DIBERI PERHATIAN SAMA RATA DAN PENUH KASIH SAYANG...MAKAN PAKAI KAMI XPERNAH NYE XCUKUP...MEREKA SANGGUP BUAT APA SAJA ASALKN KAMI X KEBULUR..ASALKAN KAMI XBERTELANJANG..,

KINI MAK-BAPAK AKU SEMAKIN DIMAMAH USIA..KEDUT2 DIMUKA MEREKA PADA AKU BUKAN SETAKAT TANDA 'TUA'..TAPI ITU LAH JALUR2 PERJALANAN HIDUP MEREKA YG PENUH LIKU UNTUK KAMI TATAP DAN AMBIL IKTIBAR..SUATU HARI NNTI, JIKA DIPANJANGKN UMUR KAMI JUA AKAN TUA..BEGITU LAH RANTAIAN HIDUP..

TERIMA KASIH MAK.,KERANA TELAH MELAHIRKAN KAMI, TERIMA KASIH BAPAK.KERANA MEMBESARKAN KAMI....


Wednesday, February 17, 2010

Family Trip .Cameron Highland...

Pada cuti sekolah akhir thun lpas 2009..kami sekeluarga pegi brcuti ke Cameron Highland...sebnornye ini ler 1st time aku jejakkn kaki ke cameron highland...huhu..best tmpat ni sejuk dan nyaman jer udaranya...seswei laa utk org yg nak gi honeymoon...aku honeymoon gak tp berlima ngn anak2 aku sekali...hehehe...

sblom pegi kami dah plan pinjam kete waja anak sedara aku...nak hrap van aku jlan jauh sket semput le plak dia..al maklum van dah expired date lerrr kekdahnye..penginapan pon kami dah tmpah awal2 lagi..xde lah br nak trkial2 cari..tmpt brmlm..

kami brtolak dr umah seawal 4.30 pagi...jiran2..msih dibuai mimpi lagi rsanya..kali ni anak sulung aku nak test power le kononnye drive kete outo..br dpt lesen...hmmmm..layannn....bgus jugak selama ni asyik ayah dia jer yg jd driver..kali ni giliran dia plak..xpe bior ayahnya rehat puas2...

highway msih lengang lagi...btw dalam kol 6.30 kami smpi R&R Pagoh...solat subuh dan truskn prjalanan..singgah lg kt Ayer Keroh sarapan..jalan lagi...lbih kurang kol 9.30pg singgah di R&R Rawang isi minyak.. kali ni xde brhenti direct trus smpi tol Tapah...mak aii.!.bleh tahan gak hrga tol nye dr tol Skudai smpi ke tol Tapah kena bayar..RM63.90...kluar tol kami melalui jln biasa..smakin lama, jlnnya semakin bengkang bengkok..lg tinggi kete ni mndaki lg tajam corner2 yg kami lalui..ngeri gak dibuatnya...satu prkara baru yg aku pelajari di spnjang prjalanan nie..kenderaan di galakkn membunyikn hon...sbgai isyarat ada knderaan disebalik selekoh tajam...oooohhh gitu...! good idea...
mcm tu la sepnjg jln...pening lalat gak kpale ni..mujur sepnjang jln tu kami dihidangkn dgn pemandangan ladang2 teh yg luas trbentang..mmg cantik mcm hamparan kapet gergasi..subhanaullah..ada gak bebrapa kebun strawberry..yg kami jmpa n kebun2 sayur tanah tinggi..mula2 kami jumpa Renglit dulu..pas tu Tanah Rata n Brinchang..,di Brinchang lah kami brmalam..

check-in dlm kol 1.30 ptg..dah siap urusan, kami gi isi prut dulu..xjauh dr tmpt kami tinggal ada medan selera..leps mkan kami blik bilik solat dan kluar semula...dek kerana kami smpi hari dah petang,..kami round jer smpai Kg Raya..kami rncang esok pagi je baru kami melawat tmpt menarik kt sini..petang tu kami abiskn masa gi pasar mlm...rmai peniaga jual strawberry..cantik2 belaka tp adehh..rsanya masam...malam tu kami cuma kluar makan kat tmpt siang tadi..hujan renyai plak tu...grrrrrr..lg tmbah sejuk...pas tu blik semula hotel tido...

keesokan harinye..kami ke Ringlet sarapan kat situ..lpas tu kami mulakan lah rangka lawatn rsmi kami ke ladang teh BOH..jln ke kilang teh ni mmg bahaya..dah la jlnnya smpit..gaung dlm plak tu..ish...kalo trgelincir kete ni xtau ler..sepanjang jln seluas mata memandang ladang teh,..beralun-alun...trfikir juga..camne pekerja ladang teh ni boleh tahan naik bukit, turun bukit petik teh..klu kasi kat aku kerja petik teh ni..sebulan berkilo2 berat aku ni turun..hehhe....
Sebelah petang lepas solat n makan tengahari kami truskn lawatan ke Cactus Point..juling gak mata ni tngok pokok kaktus yg beraneka rupa, saiz n yg brbentuk pelik pun ada..