Thursday, December 31, 2009

Tempat-tempat Menarik Di Johor Bahru


Antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Johor Bahru

Hutan Bandar
Meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemuan JalanTasek Utara dan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya. Atara komponen yang tedapat didalamnya termasuklah Laman Tembusu, Medan Selera, Laman Permainan Kanak-Kanak, Kawasan Tasik, dan Tapak Perkhemahan.

Taman Orkid Johor Bahru
Terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar, mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk seni bina lestari yang berkonsepkan "mesra alam" dan "terbuka".

orkid.jpg

Laman Merdeka
Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa . Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melalui komponen pembangunan yang telah disediakan.

Taman Rekreasi Tasik Pandan
Laman Rekreasi ini terletak di Jalan Harmon, Taman Desa Harmon, daerah Johor Bahru berhampiran dengan Ponderosa Golf & Country Club. Laman Rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 6.6 hektar (16.3 ekar) dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman ini.

tasek pandan.jpg

Danga Bay
Semarak dengan aktiviti bertenaga dan penuh dengan kemeriahan yang tidak tertanding, Danga Bay menawarkan pengalaman unik yang mengesankan.
Dengan kawasan seluas 1800 ekar dan persisiran pantai sepanjang 25 km. Danga Bay adalah sebuah pembangunan bersepadu persisiran pantai yang menggabungkan pusat kewangan, komersial, hiburan, pelesiran dan pusat kegiatan mesra keluarga yang unggul di Johor. Ia adalah sebuah Bandar dalam Bandar dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia.
Terletak hanya 5km dari Bandar Johor Bahru, Danga Bay telah menarik ramai warga tempatan dari seluruh Malaysia.



Sumber dari http://www.mbjb.gov.my

Friday, December 25, 2009

KEJAM

Bayi koma didera

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.

Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.



Kejadian menimpa bayi itu disyaki berlaku di sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini, beberapa minggu lalu, namun penderitaannya hanya diketahui selepas dia dibawa ke hospital kira-kira jam 10 pagi semalam selepas tidak sedarkan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata penderitaan bayi itu terbongkar selepas doktor yang merawatnya mendapati terdapat beberapa kesan lebam di badannya.

“Sebaik dihantar ke hospital kerana tidak sedarkan diri, bayi malang itu didapati mengalami kecederaan luar biasa menyebabkan pihak hospital menjalankan siasatan lanjut.

“Mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada bapa mangsa, namun curiga dengan jawapan lelaki itu menyebabkan laporan polis dibuat,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal serumah bersama ibu bapanya dipercayai sering diabaikan hingga menyebabkan bayi berkenaan sakit dan sering menangis akibat kelaparan.

Zulkifli berkata, pada mulanya, bapa bayi terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai memberi alasan kononnya anaknya terjatuh ketika didukung hingga mengakibatkan cedera di badan sedangkan doktor mengesyaki kecederaan itu bukan akibat terjatuh.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, anggota polis menyerbu sebuah rumah dan menahan pasangan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan hingga kini, mangsa masih terlantar di ICU HTAA,” katanya.

alangkan binatang ada rasa belas kasihan dan sayang akan anaknya....kenapa pula manusia sebaliknya....renung-renungkan lah....

Thursday, December 17, 2009

KEM BINA SEMANGAT BELIA JIM JOHOR

Kelab Belia JIM Johor (KBJ J) telah mengadakan program Keindahan Bersama Mu (KBM Belia 1/2009) pada 4~5 April yang lalu di Tiram Indah Village, Ulu Tiram Johor. Program kali ini telah disertai seramai 44 orang peserta (10 lelaki & 34 wanita). Agensi yang ramai menghantar peserta kali ini ialah dari Iman ELC, Metro Parking dan Mahad Johor.





Peserta & fasi lelaki.


Peserta & fasi wanita.

Kumpulan Ku Ucapan Jazakallahu khairan kathira kepada barisan pengendali serta fasi yang telah menyumbang tenaga menjayakan KBM kali ini antaranya – Pak Anjang - KMKY & MAM1Pak Long – ABJZ, Bersama Menuju Kejayaan & Inteam Ayah Yob – Palestin. Kutipan sumbangan sebanyak RM77. Achid, Muzammil, Dr Zamil, Razi, Roslan, Azan, Pak Imam, Kpt Farid, Anie, Fifi, Kak Noi, Ela, Liza, Adda, Faizah & Nurul. Dan juga Jazakallahu khairan kathira yang telah sudi menghulurkan sumbangan material.

buat pertama kalinya dalam hidup ku aku mendirikan solat berjemaah, yang hanya berkapetkan tanah dan berbumbungkan langit...aku berdiri dalam saf pertama kiri sekali bertudung biru.

sebahagian permainan yang disediakn, walopun agak pelik tapi ada maksud yang tersembunyi...bayangkan mulut kami diplaster dan tangan mesti dibelakang...hehe..klakar pon ada...kami disuruh berinteraksi sesama sendiri dlam keadaan bisu....

Thursday, December 10, 2009

GENTING HIGHLAND...

Kami brtolak dari JB kol 8.00pg..huhu..first time naik bas dua tingkat. baru aku prasan dlm bas tu cuma kami berlima je melayu..selebihnya cina n dua org india seorg pemandu dan seorg lg pembantu . Excited tol kami ari tu,agaknya dah sejam prjalanan, bas tu brhenti rehat kat satu R & R yg terletak di Ayer Hitam...yang x bestnye restoran ni x halal plak abis camne perut dah lapar, last2 terpaksala kami melantak maggi me cup bubuh air panas je pagi tu....,

Perjalanan d teruskan lagi...kali ni bas berhenti kat karak utk isi minyak n ade laa 2-3 org turun buang minyak plak hehehe...jalan lagi n akhirnya kami smpi Genting Highland pd kol 2.30 ptg. masa naik tu pening gak kpale ni maklum je laa jlan bengkang-bengkok. Turun bas kami terus gi check in hotel, kita org duduk kat hotel First World. masa smpi kat lobi tu mak aaii.!..ramainya org nak check in... bayangkan kami terpaksa ambik no.giliran utk mendaftar..dlm masa yg sama perut pon mula berkeroncong dah tu d tambah dgan suhu yg sejuk, lagi laa rasa menggigit2 dlm perut ni. psl no.giliran masih jauh lagi kami pun ambil keputusan makan dulu. sekali lagi kami di landa masaalah, restoran bnyk tp halalan toyibban ke????...pusing punya pusing...akhirnya kami terpaksa makan kat fast food. Rupanye ramai umat islam mkan di sini..agaknya dorang pun menghadapi masaalah sama ngan kami gak...kot....

Lepas mkan kami g semula kat lobi td.. Alhamdulillah..tepat pd masanya no. kami naik., lepas berurusan itu dan ini kami di beri kunci bilik., aku tempah 2 bilik. satu utk anak2 teruna aku n satu lagi utk aku ngan itah. biliknya pun selesa. Ohh...lega dpt rehat ckit. kita org solat jamak zohor n asar. anak2 aku x sabar nak gi out door...biaser laa budak2..sebenornye aku pun same... jugak kehkehkeh,...walopoon....

Suhu x sejuk lg masa kami try game pirate ship..,,naik benda tu x de laa gayat mana pon tp penumpang yg lain saje je buat gempak jerit sakan wahahaa...turun je kami beli gambo yg pihak genting amik tadi...masing2 gelak tengok muka sendiri yg x kontrol ayu n x kontrol macho tu..walopon kena bayar RM16..bole la wat kenang2an ye idak..


kami round lg, kali ni pi tmpt space shot lak, alamak..! tingginye menara mencecah awan gamaknya. camne nih, anak aku yg azri n kak itah die je yg sanggup naik...aku!! hehe..pas tu kita org gi go kart plak, haa..yg ni aku bole join..ala mcam bwak kete je..cuma yg sakitnya nak tunggu turn naik kete go kart...hai!!..rmai nyer org. boleh tahan gak lenguh kaki aku ni..tp nak main punya psal tunggu ttp tunggu...

Gitu gini dah dkat msuk maghrib daa..last prmainan out door kami try naik flying dragoon..ceh..! naik ngan budak2 pulok,...bila dah jln benda tu baru aku tahu yg ni lagi dasyat dr pirate ship tadi..part dia corner...rasa macam nak trcampak je badan aku..nie...ohhh tidakkk..wawawaaaaa... menyesal aku naik, terpekik terlolong aku dibuatnya. buat malu bdk2 je. dorg tentu heran apasal makcik ni mcm kena hesteria..ish.ish.ish...

Badan pun dah letih..so kami balik ke bilik bersihkan diri dan solat, turun balik beli tiket utk try game in door lak. kali ni kami try msuk snow world...kami beli tiket utk kol 9.30 -10.10mlm, sementara tu kami gi makan dululaa..kat mane???..kat fast food..mana lagi!..lepas makan kami..gi semula kat snow world tadi..pihak genting ada sediakn baju sejuk n glove sekali...,suhu-3c..sejuk tu mcm masuk peti ais...1st time beb msuk situ..sejuknye..hidung n mata aku ni mcam dah nak beku rasanya..dlam snow world ade org tolong amik gambo kami..bcoz kamera n h/p x leh bwak kena simpan dlm locker yg dah disediakn...maka berposing2..lerr kami depan kamera brangan cam kat over sea konon..sudahnya kuar je dr tmpt tu amik gambo tadi n kena lagi bayor utk 4 kping gambo RM 60..lbih kurang gitu lah harganya..berbaloi ke x entahlah..

Round lg n jam dah kol 10.50mlm..nak gi mane yek..nmpk lak panggung wayang crita Night At The Museum 2,...layannn tengok wayang...kelakor gak jln critanya..masa kitaorg msuk dlm panggung ramai yg bawa anak2 tngok wayang,aik..! dah tngah mlm masih x tido2 lagik budak-budak ni..hehe..mate ni sempat gak melilau pandang suasana dlm panggung tu..wah..! memang selesa..abis tngok wayang balik ke bilik tido..

Esok pagi lepas sarapan jlan jap n try lak game bumper car..pas tu kami berpecah, aku blik ke bilik ngan safwan,naim try flying venture..,azri n itah naik flying coster (out door). aku salute laa budak 2 org ni mmang satu kepala, berani sungguh dorang naik benda tu... kami check out tpat kol 12.00 tghari. bas yg bwak kami turun dr genting tu bertolak kol 3.30 ptg, jd sementara tu kami abiskan masa dgn mkan tengahari, dah nak balik baru kami jumpa kedai mamak..adoi... mahalnye harga makanan dia tp x pe lah insyaAllah halal. ..lepas makan kami gi surau solat jamak zohor n asar. pas tu kami trus ke bas stand. masa ni laa sejuk sgt, dah tu berkabus plak smpi hotel First World tu hampir hilang dr pandangan.

Tpat 3.30ptg kami bertolak balik dgn bas yg sama masa kami naik Genting semalam, bas tu berhenti pulak kat Batu Caves, berhenti di satu deret kedai, kedai cina lagi haiyoo...kita org cuma gi bilik air je nak beli makanan kat situ x berani...sah2 x halal. Bas meneruskan perjlanan blik ke Johor..sepnjg perjlanan aku tengok anak2 aku mcm dah pengsan hehe..penat agaknya. tido memanjang..bas tu sekali lg brhenti kat R & R semlm yg x de mkanan halal tu tp perut ni masih boleh bertahan nmpknya, lg pon anak2 aku ada beli mkanan ringan msa kat genting tadi dan ada satu tmpt lg kami brhenti rehat kat mane ntah lupe pulak...

Smpi JB dlm kol 9.30mlm..suami itah, si khairul dah tunggu kat bas stop. Alhamdulillah akhirnya smpi gak kami ke rumah dgan selamatnya. Percutian kami sepnjg 2 hari 1 malam ni bnyk meninggalkn kenangan manis,duka x de happy je..hehehe..penat tu...memang penat..n cabaran baru susah nak cari tmpt mkan yg halal. kalo ada masa dan kalo ada rezeki aku nak pegi lagi kat Genting Highland ni best tau..cuma next time aku nak gi ngan suami aku plak. itu saje lah catatan aku utk kali ini. Assalamualaikum......

Monday, December 7, 2009

testing....

aku tengah bengang nie...grrrrr....

blog....blog...

inilah susah nye aku ni yg baru nak bljar buat blog...dah brpa kali diajar x pandai2 gak..last2..aku tawakal redah jer..buat ikut naluri sendiri..ehh..alhamdulillah jadi plak...hehehe...bior pun usia aku dah mencecah 40, aku kena lah celik internet..kemudahan dah ada so manfaatkn lah...

Sunday, December 6, 2009

hai...its my blog

hai...assalamualaikum......